KAHERAH - Presiden sementara Mesir Adly Mahmoud Mansour bertindak membentuk satu jawatankuasa bagi melakukan pindaan terhadap Perlembagaan yang selama ini berlandaskan perundangan Islam.
Perlembagaan terdahulu yang dibentuk Presiden Mohamed Mursi akan dipinda oleh jawatankuasa yang dianggotai 10 ahli terdiri daripada enam hakim dan empat profesor undang-undang. Pindaan Perlembagaan tersebut akan dilakukan dalam tempoh 30 hari sebelum dikaji oleh jawatankuasa khas dan dipinda 60 hari berikutnya.
Selepas dipersetujui menurut laporan Press TV, cadangan itu akan diundi oleh rakyat bagi pindaan dalam referendum pusingan kedua. Pada Disember 2012, kira-kira 64 peratus pengundi menerima keputusan Perlembagaan namun penyokong anti Mursi menyelar keputusan itu yang didakwa meminggirkan golongan minoriti.(SH)
No comments:
Post a Comment