Monday, July 22, 2013

Pelik! 4 Penculik (?), Bertakbir Tinggalkan Mahkamah? Siapa Dalang?



NONEEmpat suspek didakwa petang ini berkaitan penculikan pekerja kafeteria siber Ng Mun Tatt yang mendakwa turut dikasari, dibogelkan dan diconteng badannya dengan perkataan "saya hina Islam".

Keempat-empat mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret bawah Akta Culik 1961. Dua lagi suspek masih bebas. Menurut peguam negara, suspek  akan  dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam  atas kesalahan tersebut. Kes itu kemudiannya akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian hari, menurut Gani lagi.

Empat yang didakwa - Mohamad Asri Mohamad Jamili, 22, Mohd Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29 dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27. Mereka didakwa bawah Seksyen 3, Aka Culik 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

Mengadu cedera
Seksyen 3 berkaitan perculkan, penahanan salah atau pengurungan salah untuk mendapatkan wang tebusan. Suspek yang bergari dibaawa ke mahkamah pada jam 2.20pm. Semasan prosiding, peguam suspek memberitahu majistret Nurul Shahida Zainal bahawa anak guamnya mengadu mendapat kecederaan semasa tahanan.

NONEEkoran itu, majistret mengarahkan dua suspek itu menjalani pemeriksaan perubatan. Ketika meninggalkan mahkamah, suspek, sambil bergenang air mata sempat melaungkan: "Allahu Akhbar".

Ng (kanan), 21, dalam sidang media di Klang sebelum ini berkata, penculik mengasari, menconteng perkataan "saya hina Islam" di badannya dan memeras wang daripada abang iparnya.

Beliau menafikan penculikannya berkaitan dengan tindakan Alvin Tan dan Vivian Lee - penulis blog seks yang didakwa menghina Islam.  (MK)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pelik dan menarik..  Mengapa 4 didakwa penculik, tiba-tiba bertakbir semasa tinggalkan  mahkamah lepas pembicaraan? Siapa dalang?

Lihat balik..

2 comments:

anak melayu said...

takbir tu hak milik orang PAS sahaja kah? Dalam blog ni tertulis akan di dakwa, bukan di bebaskan pun.

Anonymous said...

salah tetap salah tak perlu cari alasan untuk buat kerja jenayah. kalau pandai takbir patut pandai pula jaga adab

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails