Tuesday, July 03, 2012

Polis Adalah Rakan PAS.. -Presiden PAS

Puluhan ribu yang mendengar amanat Presiden PAS dalam Himpunan Hijau Pahang


TEMERLOH: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, pasukan keselamatan adalah rakan PAS dan bukannya musuh.

Oleh itu, beliau meminta semua ahli PAS memahami perkara ini kerana mereka adalah kakitangan kerajaan yang melaksanakan arahan daripada kerajaan.

“Kita jangan bermusuh dengan polis, askar dan kakitangan kerajaan kita hanya lawan BN sahaja,” katanya dihadapan 20,000 penyokong PAS pada Himpunan Hijau ke Putrajaya Pahang baru-baru ini.

Perhimpunan itu diadakan di Dataran Hikmah, Kerdau.

Ustaz Abdul Hadi turut memberi jaminan pemimpin Umno tidak perlu bimbang dengan PAS kerana PAS tidak akan membalas dendam sekiranya berkuasa.

Malah beliau turut memberi jaminan pemimpin Pakatan Rakyat lain juga akan melakukan perkara sama iaitu tidak akan membalas dendam sekiranya berkuasa.

Menurut beliau, yang baru pulaang dari negara-negara Arab, beliau dimaklumkan ramai rakyat Malaysia bekerja di sana tidak dapat mengundi dalam pilihan raya kerana Malaysia tidak mengizinkan rakyatnya di luar negara mengundi tidak seperti negara lain.

“Mereka itu tidak boleh mengundi pos,” katanya.

Abdul Hadi turut mengingat ahli PAS  dan Pakatan Rakyat supaya bersiap sedia untuk mengambil alih Putrajaya jika diizinkan Allah.

Katanya perubahan akan berlaku dan semua petugas perlu bekerja dengan ikhlas. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails