Saturday, July 07, 2012

Abby Tuntut Pembebasan 45 tahanan ISA Besok

KL: Bebarapa minit sebelum berakhirnya program, Abby Abadi telah menyatakan hasratnya untuk menyertai protes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menuntut  pembebasan 45 tahanan ISA pada 8 Julai ini di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta).

“Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA, entah kenapa malam ini hati saya tergerak untuk bersama-sama dengan rakyat turun berhimpun bagi menuntut secebis keadilan,” ujar Abby lagi.

Beliau menyatakan demikian pada forum yang diadakan di pekarangan Tapak Pekan Selasa, Batu Kurau anjuran PAS kawasan Larut, lapor laman web Persepsi Kita Berbeza. (IH/Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails