Thursday, July 05, 2012

K'tan Lulus 22,700H Tanah Kpd Pengusaha Felda


KOTA BHARUi: Kerajaan Kelantan telah meluluskan pemberian hak milik tanah sebanyak 22,700 hektar kepada pengusaha Felda.

Bagaimanapun 64 hektar tanah dari kumpulan  yang sama  belum dikeluarkan geran sehingga ianya mendapat keputusan panel guaman berhubung perkara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata kelulusan geran keluasan 64 hektar itu terpaksa ditangguhkan seketika.

Menurutnya, mesyuarat exco terpaksa menangguhkan pengeluaran geran itu sementara bagi mendengar keputusan panel guaman sama ada penyenaraian Felda berkenaan masih bertepatan dengan akta Felda atau sebaliknya.

“Andainya ia masih menepati syarat insyaallah, geran berkenaan akan dikeluarkan,”ujarnya.

Husam mengeluarkan kenyataan itu  bagi menjawab tuduhan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, yang mendakwa kerajaan negeri sebagai angkuh kerana tidak mahu menyelesaikan masaalah pemilikan tanah oleh Felda.

Pada masa yang sama Adun BN itu dalam sidang Dun Kelantan semalam mendakwa, kerajaan negeri dilihat cuba mengambil kesempatan daripada permasalahan yang berlaku termasuk membabitkan penyenaraian syarikat Felda Global Venture Berhad (FGV).

Husam berkata, masalah hak milik tanah telah dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri secara berperingkat-peringkat sejak tahun 1990-an dan seterusnya selepas itu hingga tahun lalu. Sambungnya, ianya berjaya diselesaikan di tanah Felda Gua Musang dan Tanah Merah. (IH/Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails