Friday, July 06, 2012

Lamb Chops: GMI bidas Twitter Menteri KDN


hishammuddin serdang squad muda kdn 100612


















GERAKAN Mansuhkan ISA (GMI) membidas tulisan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam Twitternya yang dia memilih hidangan 'lamb chops' di kala tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mogok lapar.

GMI menyifatkan kenyataan Hishammuddin itu sebagai "tidak mahu bertanggungjawab untuk membebaskan tahanan tersebut yang sedang mogok lapar". Setiausaha GMI, Ahmad Syukri Ab Razab berkata kenyataan seumpama itu "sudah dijangka" oleh pihaknya sejak tahanan terbabit melancar mogok lapar Mei lalu.

"Sebelum ini dia kata mogok lapar itu pilihan sendiri... (Satu) kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Beliau sendiri tahu bahawa beliau ada kuasa untuk bebaskan tahanan.

"Yang jadi penentuan sama ada budibicara untuk mengambil tanggungjawab membebaskan tahanan ataupun tidak.

"Kalau beliau menunjukkan kenyataan sebegini, kita nampak beliau tidak mahu bertanggungjawab dan membiarkan tahanan mogok lapar," katanya.

Ahmad Syukri yang juga koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengulas kenyataan menteri itu dalam twitternya malam tadi.

Hishamuddin yang juga naib presiden Umno menulis: HishammuddinH2O: pilihan mereka, lamb chops pilihan aku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails