Sunday, July 01, 2012

108,650 Salah Laku, Betulkan Dasar Pelajaran..

 

108,650 pelajar terlibat salah laku

 KUALA LUMPUR - Sebanyak 108,650 daripada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dengan salah laku disiplin di sekolah tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah tersebut, isu ponteng sekolah merupakan penyumbang terbesar salah laku disiplin iaitu 18,550 pelajar. Katanya, kes-kes disiplin lain yang dicatatkan oleh kementerian ialah memukul, bergaduh dan kekemasan diri.

"Walaupun jumlah pelajar yang melakukan kesalahan disiplin hanyalah sedikit, sekiranya tidak diberi perhatian serius, ia boleh menjadi masalah yang parah," katanya pada majlis perasmian Program Pemantapan dan Jati Diri Sahsiah Remaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dalam mengatasi masalah disiplin melibatkan pelajar sekolah, kementerian telah melakukan pelbagai inisiatif termasuklah menjalankan satu kajian terperinci mengenai punca sebenar berlakunya gejala ponteng sekolah tahun ini. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tunggu apa lagi, betulkan dasar pelajaran negara dengan segera. Dasar salah, bagaimana perlaksanaannya akan jadi betul. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails