Abby Abadi
Abby Abadi
 
HALAMAN  HIBURAN
CERITA pelakon Abby Abadi menyertai parti Pas sudah lama heboh sejak keputusannya berhijrah. Tambahan pula, dia sering dilihat berada di kebanyakan ceramah anjuran Pas. Bagaimanapun, Abby sebelum ini pernah menafi kan hal itu dan mengakui tidak berminat untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

Namun sejak kebelakangan ini, Abby dilihat banyak mengeluarkan status yang menjurus kepada keagamaan. Tidak terkecuali mengenai perihal Pas. Paling ketara, semalam, status terbaru di laman sosial, Facebook miliknya, terang-terangan menyokong dan mempertahankan parti Pas.

Malah, statusnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatpeminat. Tidak kurang ada yang menyokong dan ada juga yang menghentam. Pun begitu, bekas pelakon Gerak Khas ini turut berbalas komen sambil tetap mempertahankan parti itu.

Sementara itu, sebentar tadi Sinar Harian melaporkan telah cuba menghubungi Abby namun tidak berjaya. Adakah Abby sebenarnya sedang berkira-kira hendak mengumumkan penglibatannya dalam parti Pas atau tak jadi sertai PAS? (IH)