Friday, July 06, 2012

Pelancong Diminta Tidak Pakai Skirt Pendek & ...

  GAMBAR menunjukkan sejumlah pelancong asing menaiki sebuah perahu di Tasik Nagin, Srinagar pada 30 Ogos 2007.

Pelancong diminta tidak pakai skirt pendek
SRINAGAR, India - Sebuah kumpulan Islam di Kashmir India semalam memberi amaran kepada para pelancong supaya mereka tidak memakai skirt pendek dan pakaian yang mendedahkan tubuh badan di wilayah itu.

Kumpulan tersebut, Jamaat-e-Islami meminta lembaga pelancongan di wilayah itu supaya menyokong pendirian mereka. Menurutnya, para pelancong perlu diberitahu lebih awal supaya berpakaian sopan ketika berada di Kashmir bagi mengelakkan mereka mencetuskan kemarahan golongan ekstremis agama.

"Sejumlah pelancong, terutamanya warga asing, memakai skirt pendek dan pakaian menjolok mata yang bercanggah dengan etika dan budaya tempatan serta tidak dapat diterima dalam masyarakat yang bertamadun," kata jurucakap Jamaat-e-Islami, Zahid Ali.

Sejumlah pelancong kembali mengunjungi wilayah Kashmir yang ditadbir India sejak dua tahun lalu selepas keganasan antara pihak pemisah Islam semakin berkurangan di rantau berkenaan. Majoriti penduduk wilayah tersebut terdiri daripada orang Islam. Kashmir terkenal kerana memiliki panorama yang indah seperti rumat bot, banjaran gunung dan tasik. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Golongan yang cintakan agama mereka, sebenarnya bukan golongan 'ekstremis agama'. Mereka ialah golongan yang mempertahankan agama mereka. Mereka ingin melaksanakan agama Islam dengan selesa di tempat tumpah darah mereka sendiri.


Lembaga pelanconganlah yang ekstremis, sepatutnya melindungi kebebasan agama rakyatnya sendiri. Pelancong asing sepatutnya diajar menghormati negara orang yang dilawatinya.. Dengan tidak 'memakai skirt pendek atau pakaian menjolok mata yang bercanggah dengan etika dan budaya tempatan serta tidak dapat diterima dalam masyarakat bertamadun'. 

Malaysia pun sepatutnya mengambil iktibar dari kisah ini...

1 comment:

Temuluk said...

Saya setuju jika peraturan berpakaian sopan ini dilaksanakan di Malaysia tapi mesti meliputi semua buksn pelancong sahaja, rakyat wanita Islam atau bukan Islam perlu dihalang dari memakai pakaian menjolok mata. Pakaian menjolok mata diharamkan penjualannya. Sekarang ni pun sebahagian wanita Malaysia dah half naked, 10 atau 20 tahun lagi pasti akan lagi teruk sekiranya tidak dibendung dari sekarang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails