Thursday, July 05, 2012

Lihat! Keluarga Ini Buat Payudara Palsu. Wajarkah?

Keluarga Payudara Palsu

SATU keluarga di Inggeris, yang hampir semua anggota keluarga perempuannya telah menjalani operasi payudara. Mulai dari ibu dan 4 anak perempuannya, semuanya berpayudara palsu. Perempuan-perempuan di keluarga Marshall telah menghabiskan hampir 3 liter silikon yang dimasukkan ke payudara dalam 13 operasi plastik. Ibunya telah 4 kali melakukan operasi payudara.
  • Chantal Marshall (53 tahun), ibu, memiliki ukuran payudara 32GG yang diperoleh dari empat kali operasi. 
  • Emma (30 tahun) juga memiliki ukuran 32GG setelah tiga kali operasi, 
  • Terri (27 tahun) dengan ukuran 34HH setelah tiga kali operasi, 
  • Tara (26 tahun) menjalani dua kali operasi untuk memperoleh ukuran 34F dan 
  • Ripley (21 tahun) berukuran 32DD setelah satu kali operasi.
Satu-satunya perempuan di keluarga Marshall yang memiliki payudara alami adalah Britney, itu pun kerana ia masih berumur 14 tahun dan belum boleh melakukan operasi payudara. Tapi ibunya telah mendesak melakukan operasi pembesaran payudara jika umur cukup, iaitu 18 tahun.

“Saya suka penampilan anak-anak saya dan saya tahu Britney akan ke arah yang sama ketika ia sedikit lebih tua. Saya suka idea ini, kami semua mirip dan glamor,” jelas Chantal Marshall, yang berasal dari East Midlands, seperti dilapotkan Thesun, Selasa lalu.

Chantal menjalani operasi pertamanya pada tahun 1996 setelah kehamilan membuat tampilan payudaranya menjadi kurang menarik. Menurutnya, operasi payudara telah membuat hidupnya menjadi lebih baik. Ibu 9 anak ini benar-benar ingin terlihat seperti selebriti Katie Price.

“Payudara saya membuat saya merasa luar biasa dan telah mengubah hidup saya,” jelasnya.

Begitu anak-anak perempuannya cukup umur, mereka pun mulai mengikuti jejak ibunya memperbesarkan payudara. Lima perempuan ini setidaknya telah menghabiskan biaya 50,000 poundsterling untuk memperbesar payudara dan mendapat julukan The Kardashians dari East Midlands.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hal ini melibatkan perlakuan pembedahan kosmetik. Bagaimana hukumnya dalan Islam? Mari kita lihat seterusnya.

Pembedahan kosmetik atau lebih dikenali sebagai pembedahan plastik mula dikenali pada pertengahan era perubatan moden. Pembedahan plastik ini merangkumi dua keadaan iaitu :
  • Pembedahan untuk merawat pemandangan luaran manusia yang disebabkan keaiban atau kecacatan semulajadi yang berlaku atau disebabkan oleh faktor luaran seperti kemalangan dan kebakaran.
  • Pembedahan yang bertujuan untuk menambahkan kecantikan luaran manusia berdasarkan kehendak nafsu semata-mata seperti membesarkan atau mengecilkan buah dada, menegangkan kulit dan sebagainya.
Pembedahan plastik ini telah melalui satu peringkat perkembangan menakjubkan, dengan meningkatnya nisbah kejayaan di negara-negara maju sejak kebelakangan ini. Perkembangan kepada keinginan melakukan pembedahan plastik lain seperti mengecilkan lubang hidung, dagu, telinga, membesarkan atau mengecilkan bibir dan lain-lain lagi. Dikatakan juga, ianya satu isu penting berbahaya, melanda umat manusia khususnya bagi golongan muda-mudi.

Ianya telah wujud sejak zaman dahulu lagi di mana golongan Cina dan Hindu telah melakukan amalan bertindik di hidung dan telinga sejak tahun 700 Masihi lagi. Di dalam syariat Islam pula, hal ini mula timbul pada akhir kurun ke-6 Hijrah yang mana Rasulullah SAW sendiri telah melakukan beberapa perkara berkaitan kecantikan seperti mewarnakan rambut dan sebagainya.

  • Hadis diriwayatkan oleh Al-Tibrani daripada Aisyah R.A yang berbunyi :Maksudnya : Daripada Aisyah R.A katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : ubahlah rambut uban dan jangan menyamai kaum Yahudi dan Nasrani.
  • Maksudnya : Daripada Sokhrah bin Said dari datuknya. Seorang wanita dari kalangan mereka telah berkata : Rasulullah SAW telah masuk kepadaku dan bersabda : warnakanlah, kamu meninggalkan khidhob (mengecat dengan inai) hingga tangan kamu menyamai tangan lelaki.
  • Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi yang berbunyi..Maksudnya : Daripada Abd Rahman bin Tarafah sesungguhnya kulit hidung Arfajah bin As'ad telah terpotong pada hari peperangan Kulab pada zaman Jahiliyyah, maka dia menggantikan hidungnya yang rompong itu dengan perak lalu berbau busuk, lalu Nabi Rasullullah SAW memerintahkan agar digantikannya dengan emas.

Secara dasarnya, kebanyakan daripada para penyelidik dan ahli-ahli Fiqh kontemporari tidak melihat pembedahan plastik ini sebagai suatu yang dilarang sekiranya bertujuan untuk merawat keaiban atau kecacatan yang dialami oleh para pesakit. Keaiban dan kecacatan ini boleh membawa kepada gangguan mental pesakit tersebut sekiranya tidak dijalankan pembedahan plastik ini. Secara logiknya, gangguan mental ini lebih teruk jika dibandingkan dengan kesakitan pada anggota badan.
  • Sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Usamah bin Syarik ada berbunyi.. Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : wahai hambda-hamba Allah sekalian, berubatlah kamu sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu penyakit itu melainkan dijadikannya ubat kecuali penyakit tua.

Namun, sebahagian kecil daripada ahli-ahli Fiqh berpendapat haram dilakukan pembedahan plastik ini kerana ianya menolak ketentuan dan takdir Allah dan pembedahan plastik ini juga mengubah ciptaan Allah SWT dan perkara ini merupakan amalan syaitan sepertimana potongan ayat Al-Quran yang berbunyi :
  • Maksudnya : Dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.
  • Selain itu, Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud ada menyatakan: Maksudnya : Allah SWT melaknat orang-orang yang membuat tatu dan yang meminta untuk dibuat tatu, dan orang-orang yang menipiskan bulu kening dan orang-orang yang meminta untuk dinipiskan bulu kening, dan orang-orang yang merenggangkan gigi untuk tujuan kecantikan yang mana perkara ini mengubah ciptaan Allah.
  • Sebuah lagi Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada berbunyi :Maksudnya : Dari Asma' sesungguhnya seorang perempuan datang kepada Nabi lalu berkata : aku ada seorang anak perempuan yang baru melangsungkan perkahwinan, dia telah jatuh sakit lalu rambutnya telah gugur. Adakah boleh bagiku untuk menyambungkan rambutnya itu dengan benda lain (dengan diberi cemara dan sebagainya), lalu Nabi SAW berkata : Allah SAW melaknat orang yang menyambung rambut dan orang-orang yang meminta untuk menyambung rambut.

Jadi isu ini sebenarnya tidak memerlukan kepada kajian yang mendalam dari segi Fiqh untuk menyelesaikan masalah ini. Yang penting adalah dapat membezakan tujuan dilakukan pembedahan ini sama ada tujuannya untuk sia-sia atau kesejahteraan ataupun suatu perkara keperluan atau kemudharatan. Sesungguhnya hukum Syarak itu mendatangkan kesenangan bagi umat manusia dalam meniti perjalanan hidup seharian.

Sepertimana Firman Allah SWT yang berbunyi :Maksudnya : Sesungguhnya Allah mendatangkan kesenangan kepada umat manusia dan bukan mendatangkan kesusahan kepada mereka.
 (IH)

3 comments:

Tebuan said...

Orang Kafir biasa je bagi mereka kerana tujuan mereka untuk memikat dan meninggi diri. Yang anihnya yang beragama Islam pula lebih2 meniru. Ada Ustazah PHD mencukur bulu kening sedangkan dia tahu ada hadis melarangnya.

aku said...

ustazah tu jangan cita la..nak melacur pun boleh..haha

aku said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails