Thursday, July 05, 2012

PAS Anjur Himpunan Oren Selamatkan Felda Pula!




















 
KL: PAS secara rasmi mengarahkan semua ahlinya yang berkesempatan agar menyertai perhimpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai ini. Arahan rasmi itu dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu suratnya kepada semua pimpinan dan ahli-ahli PAS.


Surat yang bertarikh 29 Jun itu memaklumkan, mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 10 Jun telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Oren Selamatkan Felda. Ia merupakan program kemuncak yang dianjurkan PAS sebagai bantahan rakyat terhadap penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH).

"Tujuan utama himpunan ini adalah untuk menyatakan secara aman bantahan kita terhadap penyenaraian FGVH dalam Bursa Saham dan menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung," kata Mustafa daam surat itu.

Sehubungan itu, katanya, semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat diarahkan hadir ke himpunan tersebut. Perhimpunan itu akan dimulakan dengan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur mulai jam 2 petang pada hari Sabtu.

Sebagai makluman, kata Mustafa, semua peserta digalakkan memakai pakaian warna oren sebagai tanda kebersamaan membantah penyenaraian tersebut. Peserta juga dicadangkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan daripada tergendalanya perjalanan program ini, tulis Mustafa lagi.

Surat yang ditulis Mustafa ini mula dimasukkan ke dalam facebook dan diedarkan kepada semua ahli dan pemimpin PAS (Maklum kepada polis). Sementara itu Mazlan Aliman bersama beberapa orang lagi menyerahkan surat pemakluman Himpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai ini di Ibu Pejabat Polis Sentul di Jinjang, Kuala Lumpur.

Turut serta bersama beliau adalah Dr Rosli Yaakob, Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood dan Fadhil Othman. "Insyaallah, selepas ini surat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong akan menyusul untuk memohon perkenan menyerahkan memo pada 14 Julai ini di Istana Negara," kata Mazlan melalui Facebooknya. (Sumber Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails