Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa di sebuah rumah kosong bernombor 533, Jalan Taman Batik di sini, antara jam 3.30 hingga 5.30 petang pada 13 Februari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda.
 Pertuduhan kedua, Muhammad Munawwar dituduh mencabul  kehormatan gadis berkenaan dengan cara meraba dan menghisap buah dada  mangsa. Bagi kesalahan itu, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun  Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Pertuduhan ketiga, Muhammad Munawwar didakwa  menyuruh mangsa melakukan seks oral pada tarikh, masa dan tempat sama. Tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan  kerana melakukan kelucahan melampau dan jika sabit kesalahan boleh  dipenjara hingga dua tahun.
Sebelum itu, Raja Shahril Anuar mengarahkan tertuduh mengenakan  jaminan sebanyak RM5,000 bagi kes pertama manakala RM7,000 kes kedua  dengan seorang penjamin. Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sin manakala  tertuduh diwakili peguambela, T Jayaraj. Sebutan semula kes berkenaan  pada 21 Mac depan. (IH)

 
 

1 comment:
ini mesti ahli Pasukan Ahlil Sex ...
Post a Comment