Thursday, February 24, 2011

Siapa Aktres Dicekup JAIS Di Hulu Klang Semalam?

HALAMAN HIBURAN

HULU KLANG 24 Feb 11: Siapa seorang pelakon terkenal yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu? Dia bersama dua rakan serumahnya ditahan setelah didapati bersekedudukan dengan dua wanita di tingkat 13 sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini semalam.

Pelakon berusia 30-an bersama dua lelaki dan dua wanita itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan serta tidak mempunyai sebarang ikatan muhrim.

Menurut sumber, tiga anggota penguat kuasa JAIS dan tiga anggota polis telah menyerbu rumah berkenaan pada pukul 6.45 pagi selepas menerima aduan daripada orang awam.

"Serbuan dilakukan setelah polis menerima maklumat terdapat beberapa individu dalam rumah melakukan perkara tidak bermoral dan mencurigakan," katanya di sini semalam. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails