Muhammadd Badie berkata, keputusan menubuhkan parti tersebut bukanlah perkara baru, bahkan ia adalah keputusan Majlis Syura sejak dahulu yang memutuskan bahawa jemaah Ikhwan Muslimin akan menubuhkan sebuah parti politik untuk jemaah tersebut.
"Langkah ini merupakan respon kepada hasrat rakyat Mesir ke arah memiliki masa depan yang lebih baik dan gemilang serta mengembalikan peranan, kedudukan dan kepimpinan Mesir itu sendiri yang telah diukir oleh sejarahnya yang terbilang," katanya.
Beliau turut memaklumkan keanggotaan parti itu adalah terbuka untuk semua orang Mesir yang mahu menerima program serta perjuangan mereka untuk menjaga kebajikan rakyat Mesir. Kabinet parti itu juga jelasnya, akan diumumkan segera selepas segala persiapan selesai manakala langkah-langkah awal akan diambil untuk mengesahkan pendaftarannya.
Beliau juga berkata bahawa sebuah biro telah ditubuhkan untuk menyiapkan perlembagaan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan penubuhan parti tersebut. Ikhwan juga telah mengesahkan bahawa ia tidak keberatan untuk memilih wanita atau penganut Kristian Koptik sebagai anggota kabinet tetapi merasakan belum sesuai untuk mencalonkan mereka sebagai ketua parti. Pilihan Raya Umum Mesir bakal diadakan selewat-lewatnya dalam tempoh enam bulan dari sekarang.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Maknanya PAS Mesir sudah ditubuhkan. Tentu pencabarnya adalah UMNO Mesir juga..
No comments:
Post a Comment