Friday, February 25, 2011

Tahniah Pengacara Daphne Iking Pilh Islam



HALAMAN HIBURAN

KL 25 Fen 11: Alhamdulillah dan tahniah kepada pengacara terkenal yang juga pelakon filem Belukar, Daphne Eleanor Iking (gambar). Kerana beliau mengesahkan telah memeluk agama Islam awal bulan lepas.

Weblog Ibnu Hasyim difahankan, pemenang anugerah Aktres Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 itu turut mengakui beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan, Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe, 30-an, pada 8 Januari lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua Daphne, 31, yang sebelum ini mengahwini Ryan Chong Yiing Yih, 33 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 4.

"Saya memeluk Islam bulan lalu dan kemudian bernikah pada 8 Januari. Majlis kesyukuran secara kecil-kecilan telah diadakan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah," akui Daphne.(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails