Tuesday, February 22, 2011

Pembangkang Kuasai IPTA, Gambaran PRU 13?


KL, 22 Feb 11: Meskipun kedua-dua kumpulan Pro-Mahasiswa dan Pro Aspirasi bukan badan formal di pusat pengajian tinggi awam, tetapi lazimnya mereka sinonim dengan arah aliran sokongan dan landskap politik di luar kampus.

Pro Mahasiswa dikaitkan dengan sokongan kepada pembangkang manakala Pro Aspiras lebih cenderung kepada parti pemerintah kerajaan pusat. Calon-calon barisan Pro Mahasiswa mencatatkan prestasi lebih baik dengan menguasai lapan daripada 13 universiti yang mengadakan pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) semalam.

Berbanding sesi lalu, pilihan raya kali ini menyaksikan Pro Mahasiswa mencatatkan sejarah dengan menawan kepimpinan MPP di beberapa universiti selepas tempoh yang lama dikuasai Pro Aspirasi.

Ini termasuklah MPP Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Sains Malaysia kampus Kubang Kerian, Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan dan Universiti Malaysia Kelantan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jadi trend pembangkang mula kuasai IPTA. Pro Mahasiwa sudah luaskan pengaruh menguasai lapan universiti. Apakah hal ini menggambarkan PRU 13 mendatang ini akan dikuasai pembangkang?

3 comments:

Anonymous said...

ums?umt?udi?utar?uitm?uum?usm?ump?uiam?umm?udt?uli?uta?uhm?utm?

universiti lain?

baru menang 8 tempat dah kecoh.

Anonymous said...

nape...hang jeles kerrr...

Anonymous said...

tanda pembaharuan dperingkat ipta..syabas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails