Monday, February 21, 2011

Pro-M Kalah Di UPM, Menang Di UM (Termasuk Pelajar Hilang)

KL, 21 Feb 11: Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya (UM) termasuk calon yang hilang Masturah Abu Bakar memenangi pilihan raya kampus universiti yang diumumkan lewat petang ini.

Dalam keputusan yang diumum tadi, Pro-M memperoleh 23 kerusi termasuk kesemua sembilan kerusi umum manakala barisan Pro Aspirasi yang menguasai 16 kerusi dan dua lagi oleh ‘calon’ Bebas.

Sebanyak 41 kerusi termasuk sembilan umum dipertandingkan kali ini. Keputusan pengundian yang dijalankan menggunakan sistem elektronik diumumkan pada pukul 6 petang tadi.

Masturah (gambar atas) dilaporkan hilang kira-kira 30 jam sejak petang kelmarin, ditemui selamat tengah malam tadi. Pelajar jurusan syariah dan sains politik Islam memenangi kerusi umum.

izzuddin hilmi leading the crowd of 200Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya memenangi pilihan raya kampus universiti itu hari ini. Mereka menyapu bersih semua 9 kerusi umum dan mendapat 14 kerusi fakulti. Lawan mereka hanya berjaya mendapat 16 kerusi fakulti. Manakala calon bebas menang dua kerusi fakulti. Keputusan diumumkan pada jam 6 petang tadi. Manakala tempoh bantahan ditetapkan sehingga jam 8 malam ini.

Sementara itu, keputusan tidak rasmi di Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan Pro-Aspirasi terus berkuasa. Kumpulan Pro-Mahasiswa hanya berjaya mendapatkan 11 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan. Daripada jumlah 11 kerusi itu, 2 adalah kerusi umum, 8 kerusi fakulti manakala sebuah kerusi siswazah lanjutan. Pro-Aspirasi pula mendapat 32 kerusi - 5 umum, 24 fakulti dan 3 kerusi siswazah lanjutan. (IH)

Sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails