Monday, February 21, 2011

Bob Lokman Cicit Tok Kenali, PAS K'tan Alu-alukan.

Gambar atas: Bob Lokman menyerahkan borang kepada MB Kedah.
Gambar bawah: Ibnu Hasyim bersama Ustaz Abdul Latif (hadapan kanan) Ketua Pemuda PAS Kelantan dalam suatu majlis perbincangan dengan Gabenor Xinjiang di negara China, tahun lepas..

KOTA BHARU, 21 Feb 11: Bob Lokman, adalah cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali. Hari ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, mengalu-alukan kemasukan Bob Lokman artis terkenal negara yang juga penulis lirik lagu 'berhantu' Isabela. Beliau Bob Lokman kini telah menjadi ahli PAS.

Ketua DPP Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, juga turut mengucapkan tahniah di atas keberanian artis terkenal yang juga berasal dari Kelantan itu. Menurutnya, penerimaan artis itu untuk bersama PAS cukup membuktikan parti yang memperjuangkan Islam itu tidak pernah menutup pintunya untuk mana-mana artis.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan yang diambil Bob Lokman, memandangkan latarbelakang artis itu merupakan cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali.

“Apapun tahniah kami ucapkan di atas keputusan yang diambil dan berharap beliau mempertahankan sebaik mungkin keputusan yang diambil.

“Kita juga berharap beliau akan menjadi ikon kepada generasi muda dalam memilih cara hidup yang baik,”ujarnya.

Semalam, Bob Lokman telah membuat kejutan besar pada majlis Himpunan Pemuda PAS 30k bersama pimpinan tertinggi Pemuda PAS. Tidak cukup dengan itu beliau telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah.

Komen Weblog Ibnu Hasyim
: Tahniah Bob! Apalagi bila bob pilih PAS kerana berpegang kepada pendirian kepada 'Allah nombor satu, takwa diutamakan'. Bila Allah SWT no 1, 'akbar' dari segala-galanya, maka yang lain semua kecil. Termasuk hantu syaitan, jembalang, 'kuasa besar' dunia, BN,UMNO... semuanya kecil. Semuanya kecil, kerana Allah Maha Besar!

Bila Allah no 1, seluruh praktikal cara hidup, mestilah selaras dengan kehendak Allah. Pendidikan, ekonomi (tidak makan wang haram seperti rasuah), sosial dan politik. Bukan politik kufur dan munafik, tidak berdasarkan hukum Allah no 1 tadi. Maka tidak hairan bila bob jumpa PAS! Tahniah sekali lagi Bob cicit ulama Tok Kenali ... dari Ibnu Hasyim. (IH)

Sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails