Thursday, February 24, 2011

18J Saman Menyusahkan Rakyat Miskin.


PENGGUNA

PUTRAJAYA 24 Feb 11: Sebanyak 18 juta saman membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan sejak 2000 hingga 2009 yang belum dijelaskan, dikatakan amat menyusahkan rakyat miskin di negara ini.

"Sepatutnya kerajaan perlu memikirkan kesusahan rakyat miskin, memandangkan kenaikan harga barang sekarang. Berilah kebebasan kepada bayaran tunggakan lama dan kenderaan yang digunakan rakyat termiskan berpendapatan rendah." Jelas seorang pekerja buruh di KL kepada Weblog Ibnu Hasyim pagi tadi.

Bernama melaporkan, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan, difahamkan berkata semua saman itu dikeluarkan JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Daripada jumlah itu, PDRM mencatat jumlah saman tertunggak paling tinggi iaitu 15.6 juta, DBKL (1.8 juta) dan JPJ (608,070).

Sehubungan itu, Solah menasihati orang ramai supaya tidak menunggu sehingga saat akhir untuk menyelesaikan saman tertunggak dan menikmati kelonggaran yang akan berakhir Isnin ini. “Masalah tempat pembayaran tidak boleh timbul kerana saman polis dan JPJ boleh juga dibayar di lebih 600 pejabat pos di seluruh negara. Jangan hanya tertumpu di ibu pejabat JPJ atau Ibu Pejabat Polis Daerah untuk membayar saman,” katanya pada sidang akhbar, di sini, semalam.

Beliau turut memaklumkan sepanjang tempoh 11 hingga 17 Februari lalu, sejumlah 1,227 saman JPJ dijelaskan, PDRM (113,447) dan DBKL (35). Dalam perkembangan berkaitan, Solah berkata, kadar baru kompaun bagi kesalahan lalu lintas yang berkuat kuasa 1 Mac ini akan diseragamkan di ketiga-tiga agensi.

Beliau berkata, kadar itu terpakai bagi kesalahan pada atau selepas 1 Mac dan pesalah yang disaman JPJ serta PDRM akan disenarai hitam daripada memperbaharui cukai jalan dan lesen.

“Mengikut Akta JPJ yang baru, senarai hitam ini hanya untuk JPJ dan polis. Buat masa ini, mekanisme ini belum ditetapkan untuk DBKL serta jabatan dan agensi penguatkuasaan lain,” katanya yang tidak menolak kemungkinan pesalah trafik akan turut disenaraihitamkan jika saman jabatan dan agensi berkenaan tidak diselesaikan.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan kadar baru bagi empat kategori kesalahan dengan kompaun minimum RM40 dan maksimum. RM300 bagi kelas kenderaan jenis motosikal 250cc dan ke bawah, serta kelas semua jenis kenderaan lain.

"Sepatutnya kerajaan perlu memikirkan bagaimana untuk membebaskan rakyat miskin dari kesusahan, bukan mencari jalan untuk memerangkap mereka dengan saman... cukuplah dengan cukai-cukai dan kenaikan harga barang yang menjerat dan menjerut leher mustad'afin" Pandangan weblog ini. (IH)

4 comments:

Anonymous said...

Dari pengalaman saya, lebih baik bayar saman di ibu pejabat polis trafik negeri daripada pejabat pos atau pejabat polis daerah.

Sebabnya ialah saman yang sudah dibayar masih juga keluar dalam sistem komputer polis.

Pastikan resit bayaran saman tidak hilang. Lagi satu kalau kena air cuma tinggal kertas kosong saja.

Ali Mahmud said...

t.kasih maklumat tuan

Anonymous said...

Semalam saya terpaksa membayar 10 saman...

Kalau check di myeg online, saya saya dua saman saja, tapi bila sampai di kaunter pejabat polis trafik, dalam sistem depa ada 10 saman...!

Saman bermula dari tahun 2003... hairan bin ajaib. Surat saman tak pernah dapat ( yg dua tu dapat - surat register), di online pun setakat dua je, tiba-tiba ada lapan lagi saman yang tersembunyi...

Rakyat ditekan-ditekan, cara begini agaknya kerajaan BN nak cari wang... perah duit rakyat cukup2.

Anonymous said...

draiBiapy Chris Myers Jersey
Brooks Reed Jersey
Arian Foster Authentic Jersey
phillonobof

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails