Tuesday, February 22, 2011

P'raya Kampus: Ai, Solat & Ibadat Pun Dilarang?


KL 22 Feb 11: Bernama melaporkan...

Naib Canselor Universiti Malaya Profesor Datuk Dr Ghauth Jasmon kesal dengan tindakan Mariam Abdul Rashid, ibu calon Pro-Mahasiswa Masturah Abu Bakar, yang bersolat hajat dan berceramah untuk membantu kempen anaknya di kampus itu semalam.

Beliau berkata pihak universiti tidak membenarkan orang luar membantu kempen pelajar UM kerana pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM) adalah khusus untuk pelajar.

"Kita mahu pelajar belajar bagaimana menjelaskan misi dan matlamat mereka kepada orang ramai melalui pemilihan ini, dan belajar bagaimana menjadi pemimpin, sebab itulah tiada pihak luar dibenarkan melibatkan diri dalam kempen," katanya pada sidang akhbar di Kolej Kediaman Ketujuh di UM, Isnin.

Beliau akan mendapatkan penjelasan daripada pihak keselamatan untuk mengenal pasti apa yang sebenarnya berlaku kerana tindakan Mariam dilihat sebagai membelakangkan pihak universiti.

Semalam, Mariam dilihat menunaikan solat hajat di dalam kampus universiti itu sebelum memberi ceramah berunsur kempen.

Mengenai kehilangan Masturah, Dr Ghauth berkata beliau masih tidak mendapat gambaran jelas berhubung perkara itu kerana hanya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh pembantu khasnya pada pagi Ahad.

Beliau berkata usaha untuk bertemu keluarga Masturah dan pelajar itu juga gagal.

"Saya arahkan Timbalan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Rohana Yusof menghubungi keluarga Masturah, dan menurut beliau, keluarganya kedengaran biasa tanpa sebarang emosi sedih atau risau atas kehilangan itu," katanya.

Masturah, 22, penuntut jurusan Sains Politik Syariah Islam di Akademi Pengajian Islam UM, hilang sejak Jumaat selepas keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam di sini ketika berkempen untuk pemilihan itu.

Beliau, yang bertanding merebut kerusi umum pada pemilihan itu bersama 19 calon lain, ditemui di Masjid Teras Jernang, Bangi tengah malam tadi selepas ditinggalkan di tepi jalan. -BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Solat hajat minta selamat pun termasuk kempen pilihan raya yang dilarang? Universiti nak didik pelajarnya jadi apa?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails