Monday, February 21, 2011

200 Terkorban. Pelampau Islam Menahan Tebusan Di Libya?


SEORANG penunujuk perasaan yang cedera diusung di bandar Benghazi, Libya pada Jumaat lalu.

MAHU PERUBAHAN...penyokong rakyat Libya membawa poster Gaddafi dan mengecam pemerintah itu dalam tunjuk perasaan di Lafayatte Park di depan Rumah Putih, Washington, semalam.
MAHU PERUBAHAN...penyokong rakyat Libya membawa poster Gaddafi dan mengecam pemerintah itu dalam tunjuk perasaan di Lafayatte Park di depan Rumah Putih, Washington, semalam.

TRIPOLI 21 Feb 11: Sekumpulan ‘pelampau Islam’ didakwa menahan tebusan di kalangan anggota keselamatan dan orang awam di bandar al-Baida, kata pegawai keselamatan, semalam. Tanpa mendedahkan identitinya, pegawai itu berkata, kumpulan terbabit mengancam membunuh tebusan terbabit kecuali kepungan dibuat pihak berkuasa dihentikan. “Mereka mendakwa anggota kumpulan Emiriah Islam Barqa sempena sebuah wilayah di barat laut Libya,” katanya.

Menteri Keadilan, Mustafa Abdeljalil, dilaporkan memulakan rundingan dengan kumpulan itu malam tadi bagi membebaskan tebusan. Di Kaherah pula, seorang doktor di Benghazi memberitahu, sekurang-kurangnya 200 mayat mangsa anggota keselamatan Libya dihantar ke hospital tempatnya bekerja sejak beberapa hari lalu. Doktor yang dirahsiakan identiti itu berkata, bekalan perubatan kini habis dan tidak mampu mengendalikan pesakit lebih daripada 70 orang.

Sementara itu, anak pemimpin Libya, Moamar Khadafi, bimbang negaranya terancam perang saudara bila demonstrasi anti rejim ayahnya itu terus berlangsung. Dalam enam hari terakhir, gelombang demonstrasi di negeri Afrika Utara itu telah menimbulkan banyak korban jiwa, dengan jumlah yang beragam.

Menurut berita Associated Press, kebimbangan perang saudara itu dilontarkan Seif al-Islam Khadafi semasa berpidato yang disiarkan langsung oleh jaringan televisyen nasional, pada 20 Februari 2011 waktu setempat. (IH)

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails