Sunday, September 12, 2010

Sosilawati: Pembunuhan, Sekejam Tragedi Altantuya

Datuk Sosilawati Lawiya's friends as well as reporters waiting at the crime scene. — Picture by Jack Ooi

BANTING, 12 Sept — Pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat sini, sekali gus mengakhiri misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu.

Tambah memeranjatkan lagi, berikutan kejadian itu, seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Perkembangan terbaru ini menambah senarai kes pembunuhan kejam yang negara pernah saksikan sebelum ini — antara kes bunuh dan rogol penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang turut dibakar.

Kes-kes lain termasuklah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan. Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pula dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof menyifatkan pembunuhan Sosilawati bersama tiga lagi mangsa sebagai satu “pembunuhan kejam.” Ketika ditemui di Masjid Tanah, Melaka berkata beliau menasihati rakyat supaya mempunyai fikiran lebih waras dan bertindak secara profesional sekiranya menghadapi sesuatu kemelut dan diselesaikan secara baik.

Selepas dinantikan lebih 12 jam sejak malam tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar. Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, kata Mohd Bakri pada sidang akhbar di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Langat hari ini.

Beliau berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkara itu, bagaimanapun, polis masih memerlukan pengesahan daripada bahagian forensik dan Jabatan Kimia. “Apa yang boleh saya sahkan sekarang ialah selepas pengakuan suspek, peluang kesemua mangsa ditemui masih bernyawa adalah sangat tipis,” kata beliau dipetik Bernama.

Polis telah menghantar pasukan forensik dan kimia bagi mencari bahan bukti di kawasan tersebut, selain pakar patologi serta unit anjing pengesan. Seorang kakitangan forensik yang enggan dikenali berkata mereka tercium bau petrol di kawasan di mana keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar.

Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan ini untuk urusan pembelian tanah. Seminggu selepas itu, polis menjumpai kereta BMW Sosilawati di Apartmen Angsana di USJ 1, Subang Jaya serta kereta BMW Ahmad Kamil di kawasan perumahan di depan sebuah hotel di Subang Jaya.

Mohd Bakri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, dan polis Kuala Lumpur akan menjalankan siasatan memandangkan kali terakhir kesemua mangsa dilihat adalah ketika mereka meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur.

Mengenai motif kejadian tragis itu, beliau berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati. Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan difahamkan polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap mereka bagi membantu siasatan berhubung kes itu. Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing.

Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka. “Dia juga dikenali sebagai broker tanah. Tetapi kami amat terkejut apabila dia ditahan,” katanya.

Sementara itu, seorang pemilik tanah yang terletak berhampiran kawasan kejadian berkata, ladang tersebut dilengkapi pintu elektronik dan tiada sesiapapun dibenarkan masuk. (AK)

8 comments:

joecharlie said...

Sunday, September 12, 2010BENARKAH AHLI BAR COUNCIL BUNUH SOSILAWATI ?


pertanyaan.benarkah peguam yang jugak ahli majlis peguam iaitu dato patmanathan dan 8 orang india terlibat membunuh sosilawati dan 3 rakannya ? ini alamat lawyer pukimak anak haram pundek ni..no 51 jalan kemboja 33 off jalan sultan ahmad shah..

jika benar, memang siallah ahli bar council ni ! anjing betul korang ni ,mana pergi suara anjing2 demokrasi pas,dap pkr ! kenapa senyap syaitan ! bangsat anak haram..kalau melayu yang buat korang bising macam kes pengetua johor, tapi bila india bunuh melayu korang senyap..kepala bapak korang la anjing demokrasi...babi punya anjing demokrasi ! butoh kepala bapak korang la pakatan !


SEGERAKAN SIASATAN..INI KES BUNUH..SILA HUKUM GANTUNG PUNDEK-PUNDEK SIALAN NI , AYUH SELURUH BLOGER, KITA DESAK KERAJAAN SEGERAKAN SIASATAN DAN KEHAKIMAN...AKU SERU BLOGER BANTU PERJUANGKAN NASIB SAUDARA KITA YANG TERKORBAN !

Posted by GAP KEMBALI at 7:11 PM 7 comments

Anonymous said...

Biaq betoi joecharlie...??? Kena ambil tindakan nie...jangan melayu hilang didunia..... laknat nie kena diajaq.... jangan dok cakap saja la weiii...

Anonymous said...

Bro Joe, jangan lupa, untuk PAS dan PKR, undi dalam pilihan raya lebih penting dari nyawa saudara se-agama. kalau dia orang keluarkan suara karang, hilang la pulak undi kaum-kaum lain tu. Sebab ada puak yang "bertuhankan" politik inilah, maka orang-orang Melayu islam kian mudah diperkotak-katikkan, dipijak, dibelasah dan ... sesuka hati. Tapi tak tau la pulak, betul ke tidak pandangan saya ni. Pasai saya bukan ada apa-apa title, sama ada lebai, haji, mursyid, sheikh, ulama, apa lagi tuan guru...

Anonymous said...

jgn emosional,smoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham..semoga keadilan dr Maha Kuasa mngatasi semua..setiap perbuatan tidak terlepas dr perhatianNya.takziah utk family mangsa.innalillahiwainnailaihirajiun..

Anonymous said...

Joe Charlie, ini kes polis... biar polis buat kerja dia.... kalau bab-bab perkauman ni serah kat Perkasa.. sebab dia memang Perkasa... lagi pon Datuk Sosilawati ni orang kuat Wanita... masa temukan jodoh dgn Nash pon Dato Shahrizat yang aturkan.. diakan peguam! Peguam-peguam Umno dan Peguam-peguam Muslimkan ramai... bolehlah buat sesuatu...

Anak Arwah pon orang kuat Puteri.... bolehlah bergabung dengan Perkasa, Wanita dan Persatuan Peguam Muslim!

Anonymous said...

Bro Joecharlie je la yg perjuang kan kes ni.. lu kan terrer lagi lantang..

Anonymous said...

Bro Joecharlie je la yg perjuang kan kes ni.. lu kan terrer lagi lantang..

Anonymous said...

Adus...ckp je lebih...dari sekarang MELAYU patut bersatu! ni dok kira politik sampai mati lah kena pijak huhuu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails