Monday, September 13, 2010

Bunuh Sosilawati: 2 Peguam & Pihak Ke3? -PAS


KL, 12 Sept 10: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi yang telah dibunuh secara kejam.

"Bagi pihak PAS, kita merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan harap mereka tabah menerima ketentuan ini.

"Kes pembunuhan ini menggemparkan negara," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Gambar).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh. Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.

"Kita mahu pendakwaan segera dibuat terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan ini," katanya lagi.

Menurutnyan kes tersebut juga menggemparkan negara dan menunjukkan peningkatan kadar jenayah dalam negara. "Kita harap pihak polis berusaha mengekang jenayah, jangan hanya kepong ceramah pembangkang sahaja," katanya.

Kes ini juga jelasnya merupakan cabaran buat Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar untuk menyelesaikan kes tersebut. Kesemua mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya. Polis sekurang-kurangnya telah menahan empat lelaki membantu siasatan.

Terdapat sumber menyatakan mereka termasuk dua orang peguam. Mengulas dakwaan wujud campurtangan pihak ketiga dalam PDRM, beliau menggesa satu suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan.

"Kita tidak mahu dalam kes pembunuhan ini juga ada campurtangan pihak ketiga.

"Kita juga bimbang beberapa laporan polis yang dibuat terhadap pemimpin Umno BN sampai ke hari ini tidak diambil tindakan. Adakah ini juga wujud campurtangan pihak ketiga," soalnya. Demikian dipetik dari sumber HARAKAH.

Sementara itu, seorang pengkomen dalam Blog Ibnu Hasyim bernama joecharlie bertanya 'Benarkah ahli Bar Council bunuh Sosilawati? Disebutnya nama peguam itu dan alamat rumahnya sekali.. (AK)

Lihat ini...

5 comments:

matkambing said...

nampaknya umno dan pencacainya mahu mempolitikan kes pembunuhan sossilawati dan rakan-rakanya! umno-apco sedang nazak sekarang ini!

Anonymous said...

Sdr,

Ladong Gadong termasuk dalam kawasan ADUN Tanjung Sepat. Adun dia Y.B. Dato` Dr. Karim Bin Mansor. - Dari UMNO

Apa dia buat? Lepas ni bolehlah tukar Wakil Rakyat!

Camana si Penyamun ni boleh dapat Datukship... Sape rokemen dia? Camana dia boleh begitu berkuasa...?

Kawasan : ADUN N54 Kawasan Tanjung Sepat
Alamat Pejabat : Pejabat ADUN Tanjung Sepat, Jalan Besar, Batu Laut, 42800 Tanjung Sepat, Selangor
Tel : 03-31481006 Fax : 03-31481016

Alamat Rumah :
No. 3, Jalan 3/5G, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Anonymous said...

Apa lah sempitnya pikiran orang PAS ni. Soal kes bunuh ni tiada kena mengena dgn sapa YB kat situ. Ni lebih kepada soal persendirian antara mangsa dgn suspek. Bengap la korang dari PAS ni....Yang korang tu pi bersekongkol dengan DAP tu apa pasal..?? Tak kenang sejarah...?? Besok korang mati, Guan Eng nak bacakan talkin dan fatihah..?? bodoh betul...Kesian laa kat orang pas ni...fikiran cetek....

keropok moni said...

apa punya bodoh la umno ni, org tu cakap camtu sb org umno gak yg suruh presiden BAR letak jawatan, padahal mana la org tu tahu yg AJK dia jahat.

keporok nomi said...

org umno mampus nanti bacakan je buku perlembagaan Umno dgn surat khabar utusan malaysia, sedekahkan lagu siti norhaliza

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails