Monday, December 28, 2009

DAP/Karpal Singh Terima Negara Islam -Nik Aziz.



PETALING JAYA, Dis 28 — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Nik Aziz berkata kesediaan pemimpin DAP membawa lambang PAS dalam Pakatan Rakyat ketika ini membuktikan mereka semakin memahami dan dapat menerima dasar perjuangan PAS.

"Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkan kepimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS dalam usaha melaksanakan sebuah negara Islam sekiranya berkuasa kelak.

"Lo ini (sekarang) alhamdulillah semua tuduhan yang dilemparkan (DAP) terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan dasar negara Islam itu sudah diterima oleh mereka," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kesedaran Wanita Kelantan dekat Temangan, Machang.

Beliau mengakui turut memakai lambang parti DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS untuk membuktikan kesetiaan dan hubungan baik yang dijalin antara mereka dalam Pakatan Rakyat ketika konvensyen sulung mereka di Shah Alam, Selangor 19 Dis lalu.

Kata beliau semua pemimpin memakai baju yang memaparkan lambang tiga parti termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis itu tanpa dirancang.

"Apa salahnya menggunakan lambang roket? Dulu DAP menentang PAS pasal hukum hudud, namun sekarang mereka sudah faham mengenai hukum hudud," katanya.

Nik Aziz berkata pemimpin DAP sepatutnya sudah lama menyedari yang penubuhan sebuah negara Islam yang dicadangkan PAS dikuatkuasakan terhadap orang Islam sahaja.

Katanya selain membantah cadangan itu DAP juga pernah menuduh kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinannya menzalimi orang bukan Islam tetapi gagal membuktikan dakwaan itu sehingga kini.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Nik Aziz berkata "di dada Karpal ada bulan" merujuk kepada lambang PAS bulan.

Kedua-dua Nik Aziz dan Karpal buat pertama kali bertemu di satu pentas.

Karpal dalam ucapannya pula berkata beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan Hadi. (The Malaysian Insider/AK)

5 comments:

Anonymous said...

lantak p kat hangpa lah....

Anonymous said...

Alhamdulillah. Berkat kesabaran insyallah tuhan tunjukkan jalan. Macam sejarah dakwah nabi pada musyrikin Mekah. Munsyrikin mebantah tapi akhirnya menerima dakwah. Ahli kitab yang tahu akan kewujudan Allah, tapi menentang nabi. Sama kisah UMNO yang tahu kewajipan orang Islam melaksanakan hukum Islam tapi menentang perlaksanaan.

At last Karpal yang keras kepala can accept the things. Maklumlah, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal, baru mudah berbicara dan barulah faham niatnya.

Anonymous said...

DAP TAK PERNAH MENERIMA ISLAM.SEDARLAH WAHAI PAS,
HUDUD DILAUNGKAN TAK PERNAH BUAT PUN.

Anonymous said...

DOK MENGKAFIRKAN ORANG ,APA HUKUMNYA.DOK KATA HATI UMNO HITAM,PAS SENDIRI HITAM LEGAM,

Anonymous said...

APA JASA PAS DIKELANTAN,PEMBANGUNAN TIADA,UGAMA MAKIN SESAT,DOK MENGUTUK ORANG HARI HARI,.BANGUNAN ,JALANRAYA,BANGUNAN KERAJAAN SEMUA HASIL UMNO 20 TAHUN YANG LALU.PAS TIADA APA.KERJA PAS BERCERAMAH SIANG MALAM.EKONOMI PALING MISKIN,DOK MINTA ROYALTI,MASUK POKET SENDIRI.ADA HASIL EMAS,TAK RETI BUAT SENDIRI,
CINA DAPAT 100 JUTA SETAHUN PAS DAPAT 3 JUTA.

DOK MENGATA UMNO KAFIR ,AKHIRNYA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI.

BILA KENA BATANG HIDUNG KELUARLAH FATWA,MACAM MACAM FATWA.
TAK BOLEH DITEGUR DAN DINASIHATI,UMNO SEMUA BURUK DAN KAFIR,
PELUK CINA KAFIR HALAL.UMNO PELUK CINA KAFIR HARAM.

PAS MULUT JAHAT,MENCACI MECARUT SANGGUP BERSAHABAT DENGAN SYAITAN.

PERGI MESJID HARI HARI ,TAPI DOK MENGUNMPAT,TAK SEDAR MESJID YANG DIA SEMBAHYANG ADALAH MESJID UMNO YANG DIBINA 20 TAHUN YANG LALU.

SAMPAI BILA PAS NAK SEDAR,TAKSUB DENGAN NIK AJIS YANG MENGANKUT DIRI SENDIRI SUPAYA DIPANGGIL TOK GURU,PADAHAL PENUH DENGAN DENDAM KESUMAT.SAMPAI KAWAN SEAGAMA SEGURU TUAN HAJI GURU LAH PUN DISANGGAHNYA,.

MACAM INILAH KALAU KEMARUK KUASA.

CUBA JENGUK KAT PAERLIMEN BERAPA ORANG WAKIL PAARLIMEN PAS YANG PAKAI KOPIAH ,TAK ADA SEKOR PUN KECUALI ZULKIFLI NORDIN.

SEBAB APA MEREKA DAH BUANG KOPIAH KERANA SUDAH MALU NAK MENGAKU ISLAM,NAMPAK JELAS MEREKA INI HIPOKRIT.RAKYAT DIPERBODOHKAN,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails