Friday, March 25, 2011

E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?

E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Akan bersambung terus...

Serbok Kopi Gelatin Babi: Sila Buat Laporan!

PENGGUNA

Kopi campur gelatin babi
J/BAHRU 25 Mac 11: Ada atau tidak serbuk kopi gelatin babi ini di tempat anda? Kalau ada sila buat laporan kepada pihak berwajib. myMetro Online melaporkan, sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai. Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tahniah JAJ. Syabas!!

E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..

E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..



BAB 1
CATATAN SANTAI MERLIMAU
BAB 2
Bab 3
Akan terus bersambung..

Rampas Pasport Anwar -Ezam Mohd Nor


KL, 25 Mac II: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Ezam Mohd Nor meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalang ketua pembangkang itu daripada terus memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.

“Saya mohon pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar dengan kadar segera. Dia (Anwar) akan terus berusaha untuk menghancurkan politik dan ekonomi negara.

“Ini bagi mengelakkan Anwar daripada terus menjaja kes liwat yang sedang dihadapinya itu di luar negara serta memburuk-burukan nama Malaysia,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Ezam berkata sebagai individu yang telah lama mengenali Anggota Parlimen Permatang Pauh itu, beliau sama sekali tidak akan percaya terhadap Anwar walaupun bekas ketuanya itu bersumpah menggunakan al-Quran.

“Saya yakin bahawa Anwar akan bersumpah jika beliau diletak di dalam suatu suasana terdesak dan jika beliau sudah tidak ada jalan keluar (berhubung dakwaan yang dihadapinya),” katanya.

Selain berhadapan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, Anwar juga berhadapan dengan isu terbaru apabila dikaitkan dengan video aksi seks dengan seorang wanita.

Anwar telah menafikan penglibatannya dalam video itu. — Bernama

Lihat sebelum ini..

Rahim Thamby: Daki Di Jam Tangan Bukti DNA Anwar?

rahim thamby chik at bukit aman 240311 02

KL 25 Mac 11: Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata, kadang-kadang daki yang lekat di jam tangan pun boleh jadi bukti DNA.

"Kadang-kadang daki kita, pun boleh jadi bukti DNA," katanya. Dia juga berharap penjelasannya dalam siasatan itu akan membantu polis menjalankan siasatan. Katanya semasa menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman hari semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam. Rahim keluar daripada ibu pejabat polis berkenaan pada kira-kira jam 9.40 se malami.

Katanya, dia juga telah memberi keterangan berhubung video seks berkenaan dalam siasatan selama hampir lima jam itu. Rahim turut mengulangi tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

"Jika ada suruhanjaya diraja dan kerajaan bersetuju (menubuhkannya), mungkin penyiasatan lebih rapi akan diadakan bagi memuaskan hati semua pihak bagi mencari kebenaran," katanya lagi.

Tambahnya, video berkenaan boleh disiasat secara forensik bagi menentukan sama ada ia merupakan rakaman palsu ataupun telah diubahsuai. "Kita boleh memanggil mana-mana pakar yang hebat, waima daripada pakar Amerika Syarikat (atau biro penyiasatan) FBI, untuk menentukan ketulenan video ini," katanya.

Katanya lagi, pakar forensik juga akan dapat memeriksa jam tangan yang diserahkannya itu. Walaupun ada pihak tidak mengaku tapi tentu pakar forensik akan melihat jam itu sebagai bukti penting.


"Apa yang penting, rakyat Malaysia akan tahu kebenaran sebenar, siapakah aktor di dalam video seks ini," katanya kepada wartawan.

Sehari sebelum itu Rahim juga mengakui Datuk T sebenarnya bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik, 'T ini trio, three' termasuk dirinya sendaii di samping Datuk Shazryl Eskay dan Datuk Shuib Lazim bendahari PERKASA. (IH)

Lihat sebelum ini..

Thursday, March 24, 2011

Santai Di Bukit Cina, Teringat Puteri Hang Li Po

CATATAN SANTAI MERLIMAU 7

Puteri Hang Li Po ilustrasi pelukis

SELEPAS makan nasi ikan bakar Sungai Duyung malam itu, kami mengikut pelawaan (kami biasa panggil dia Cikgu) Wan Rahim sama-sama tidur di hotel milik Persatuan Hokkien cawangan Melaka berhampiran Bukit Cina Bandar Melaka. Bangunannya macam rupa To' Kong Cina. Tradisional, cantik dan murah. RM50 sebilik satu malam, ada aircon. Tempat parking luas.

Paginya lepas subuh, saya ambil kesempatan jalan-jalan santai di atas Bukit Cina atau Chinese Hill. Bukit Cina terletak di Jalan Puteri Hang Li Poh, Melaka. Merupakan tempat bersejarah, penempatan rasmi pendatang Cina yang datang bersama dengan Puteri Hang Li Po. Hang Li Po(dalam bahasa Cina: 漢麗寶) dibawa ke Melaka untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah, yang memerintah Melaka waktu itu.

Ertinya, begitu hebat hubungan diplomatik antara sebuah kerajaan kecil Melaka dengan sebuah kerajaan 'super power' besar waktu itu, sebelum masuknya penjajah Portugis pada tahun 1511 masehi. Di atas bukit itulah sultan membina istananya.

Kini, kakiku melangkah mendaki bukit itu. Tidak ada lagi istana atau kesan-kesan lama, kecuali kubur-kubur Cina diselang seli tumpukan rumput, di bawah rimbunan pohon-pohon agak besar, dengan hembusan angin dingin menyegarkan. Yang ada cuma tangga batu dan besi pemegang untuk pejalan-pejalan kaki seperti saya, atau yang berjogging.

Kini, Bukit Cina dikatakan, merupakan perkuburan Cina terbesar di luar negara China di mana sebahagian batu kubur tersebut didapati sezaman dengan Dinasti Ming. (Lihat gambar kanan contoh sebuah kuburan)

Menurut 'Sejarah Melayu' karya Tun Seri Lanang pada abad ke 17, apabila Sultan Mansur Shah menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar Tun Perpatih Putih sebagai utusannya, melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle. Akhirnya berlakulah hubungan 'diplomatik perkahwinan' antara Sultan Melaka dengan puteri Maharaja Hang Li Po.

Hang Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan. Diberikan tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina ini. Pengiring-pengiring Hang Li Po berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan Mansur Syah. Perkahwinan Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah dikurniakan seorang anak lelaki, diberi nama Paduka Mimat. Bukit Cina akhirnya menjadi sebuah kawasan perkuburan Cina tempatan dan masih ada 'Perigi Hang Li Poh'nya.

Tiba-tiba telefon bimbitku berdering, kawan-kawanku mengingatkan, kami akan ke Merlimau kerana hari itu adalah hari mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau. "Ya! Aku datang sekarang."

Saya pulang ke hotel, siap-siap, terus keluar. Cikgu Wan Rahim dan kawan-kawan sedang menunggu, untuk minum pagi, di kedai mamak teh tarik bawah pokok tepi jalan. Bersamanya, juga duduk sepasang suami isteri pengendali hotel Persatuan Hokkien itu."Haa, sila duduk. Order minum." Suaminya menyapa saya. "Jogging di mana?"

"Jalan-jalan di puncak Bukit Cina.." Jawab saya.

"Ooo. Chinese Hill, memang tempat sejarah." Dia mula bercerita sementara order minum sampai. "Kebanyakan pendatang Cina yang awal datang ke Tanah Melayu adalah dari kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan 'orang Baba' juga adalah Hokkien. Mereka berasal dari keturunan Hokkien, masih menganggap diri sebagai orang Hokkien, meskipun kebanyakan dah tak pandai cakap loghat Hokkien lagi.. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain."

Lagi cerita mengenai 'Baba & Nyonya'. Isteri pengendali hotel itu menambah...

"Budaya Baba memang asal Melaka... terus berkembang ke Pulau Pinang dan Singapura. Budaya dan pandangan mereka tetap keCinaan. Mereka masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia kini. Seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional. Memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian indah, warna warni warisan tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina.

"Anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara agama Cina yang diubahsuai oleh unsur Melayu dan tempatan lain, sejak 150 tahun lalu. Contoh kesannya boleh dilihat pada 'Pakaian Nyonya' baju kebaya atau baju panjang batik sarung, dan kerongsang.

"Kasut Manek. Alas kaki buatan tangan. Dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit. Di Indonesia ada baju kebaya tersendiri.' Kebaya encim', mengembangkan corak batik bermotifkan Cina.

"Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina, dan Perayaan Tanglung. Sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan pada budayanya." Jelas wanita Cina itu lagi.

Gambar: Dulang teh tembikar berenamel warna-warni yang dihiasi "burung cenderawasih" gaya Peranakan.

Mengenai perkahwinan pula, menurut berbagai sumber, saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar beristeri atau meng'gundik'kan wanita Melayu Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera. ( Joo Ee Khoo; The Straits Chinese: a cultural history, Pepin Press,: 1996) Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu yang bersinergi. (Keat Gin Ooi, Southeast Asia: a historical encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor ABC-CLIO: 2004:)

Gambar: Bakul Sia kebiasaannya diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit. Masyarakat umum di Melaka menggunakan bakul ini untuk pelbagai tujuan seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah.

Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 mengatakan, lelaki Baba lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami. Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu suami menyertai keluarga isteri. (Keat Gin Ooi, Southeast Asia: a historical encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor ABC-CLIO: 2004)

Lamaran memerlukan buah tangan pinangan. Iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian. Majlis perkahwinan diserikan dengan lagu berirama spontan dondang sayang. Lagu berpantun Melayu berentak campuran Cina.

Bahan-bahan bersejarah dari kebudayaan Baba dan Nyonya dipamerkan di pusat-pusat kebudayaan seperti Jonker Street (Melaka), Pulau Pinang dan Muzium Peranakan (Singapura). Di tempat-tempat sedemikian, juga ada yang mempamerkan perabot, makanan, dan pakaian tradisi Baba and Nyonya. Ada kedai-kedai makan "Nyonya" di Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Jakarta, Semarang, Surabaya, dan juga di Barat. Pertunjukan seni Peranakan mingguan juga diadakan di pasar malam Jonker Street.

Walaupun begitu, wanita Cina itu berkata lagi macam mengeluh.. "Budaya Baba Nyonya kini semakin pudar dan hilang, terutamanya terhakis oleh pengaruh moden barat yang berkembang begitu cepat .."

Sila lihat...

Kesimpulan: Mengapa jadi begitu?

Pada pandangan saya (Ibnu Hasyim) ialah kerana pemikiran mereka telah dijajah oleh pemikiran barat. Seperti juga yang telah berlaku kepada kebanyakan Melayu Malaysia sekarang ini.

Jika kita kembali melihat sejarah.. Pada awal kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang pemimpin Cina Muslim melawat Melaka. Maka lahirlah golongan Baba dan Nyonya itu, hidup dalam gabungan kebudayaan yang harmoni dan diberi hak kebebasan beragama sebagaimana yang dikehendaki oleh agama Islam.

Tetapi apabila masuk penjajah barat, bermula 1511 mesehi di Melaka selepas itu, pemikiran golongan ini mulai berubah. Sehingga memasuki abad 20 begitu parah lagi.. Sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukannya. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru. Mereka mempunyai kelab sendiri, dan tidak membenarkan pendatang Cina baru masuk.

Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan mereka dididik oleh Inggeris. Apalagi bila diberi jawatan dalam perkhidmatan pemerintah. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan ada mereka menukar kepada Kristian, contohnya seperti kisah terkesan di Kampung Serani dalam siri lalu. Hal ini menyebabkan masyarakat mereka menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura. Sehingga dikenali sebagai King’s Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British. Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa, kebanyakannya bertutur tiga bahasa, Cina, Melayu dan British.

Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan oang tengah antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya, British. Pada zaman pendudukan kuasa Barat, kaum Baba Nyonya lebih 'berada' berbanding pendatang China yang baru. Kekayaan dan jalinan erat keluarga membolehkan suku ini membentuk sebuah golongan atasan berbangsa Cina yang amat setia kepada kuasa British atau Belanda (Joo Ee Khoo; The Straits Chinese: a cultural history, Pepin Press), sehingga sukar menerima kemerdekaan Malaysia dan Indonesia (Keat Gin Ooi, Southeast Asia: a historical encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor ABC-CLIO).

Walaupun begitu ada juga sebahagian mereka yang cenderung menyokong kemerdekaan Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, tiga komuniti Cina bergabung dan bergiat dalam politik. Golongan ini juga menyertai peloporan akhbar Indonesia. Mereka menerbitkan impian politik mereka di samping sumbangan dari penulis tempatan yang lain dalam syarikat penerbitan mereka. Pada bulan November 1928, akhbar mingguan berbahasa Cina iaitu Sin Po (新報) menjadi akhbar pertama yang menerbitkan lirik lagu kebangsaan Indonesia Raya.

Kadang-kala, sesiapa yang terlibat dalam kegiatan sedemikian menghadapi ancaman dipenjara atau dihukum mati kerana pihak berkuasa penjajah Belanda mengharamkan penerbitan dan kegiatan nasionalis. Kaum Cina di Indonesia berkobar-kobar memberikan sokongan kepada gerakan kemerdekaan ketika pendudukan Jepun pada awal 1940-an, apabila semua persatuan Cina diharamkan oleh pihak Jepun. Antara mereka yang terlibat termasuk Siauw Giok Tjhan dan Liem Koen Hian, dan Yap Tjwan Bing, seorang ahli Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia, yang menjadi warga Amerika Syarikat pada 1960-an.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
24 Mac, 2011. KL

SEKIAN

Siri sebelum ini..

Wednesday, March 23, 2011

'T Ini Trio Tree'. Shazryl, Rahim Thanby & Shuib Lazim

Tan Sri Rahim Thamby Chik pada Rabu mengesahkan beliau, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim adalah Datuk 'T' yang terlibat dalam mendedahkan skandal video seks kepada media Isnin lalu.
NONEKL 23 Mac 11: Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.

Sebelum itu katanya, "Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis. (IH/Sumber Malaysiakini)

Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails