Tuesday, April 05, 2011

Lucah, Kurang Ajar, Anak, Ibubapa Atau Kepala Bapak?





MULA-MULA didik anak dengan mainan botol arak.. seperti gambar di bawah.. Lihat juga gambar-gambar di bawah ini seterusnya dan gambar atas kanan... Meraba, pegang-pegang, ambil gambar dan mengintai aurat orang.. Siapa mengajar mereka? Ibubapa, suasana sekitar atau kerajaan mereka?

Teruk lagi gambar di bawah ini.. Adakah kehendak anak, ibu atau pengasuhnya begitu?
Eh, bergurau apa macam ni... Teruk sungguh.
Teruk sungguh cara pendidikan mereka. Adakah anak yang kurang ajar atau ibubapanya? Atau negara-negara yang mendidik seperti mereka..

Tetapi teruk lagi kerajaan Malaysia yang dianggap menganjur video lucah dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina. Video seperti gambar di bawah ini, mendidik masyarakat Malaysia dengan video lucah? 'Kepala Bapak' dari segala bapa yang kurang ajar??
(IH)

13 comments:

Anonymous said...

menurut Hadis , anak itu dicorakkan oleh ibu bapa. Apakah Ibnu Hashim percaya kepada Hadis, atau percaya yang anak itu corakkan oleh pemerintah negara?

Anonymous said...

Sekali terpandang nama Ibnu Hashim terlintas difikiran saya pasti tulisannya lain dari blogger yang lain. Bahasanya dan tingkahnya pasti melambangkan keindahan Islam. Namun apa yang tersurat bukanlah seindah namanya.

Saya tidak nampak keindahan Islam dalam blog ini..... maaf kerana mungkin baik sedikit daripada Papa Gomo ...

"Masyarakat kini makin melupai akhlak Rasulullah"

Ibnu Hasyim said...

Anon 1. Adakah anda tidak yakin pemerintah boleh corakkan pendidikan negara & rakyat? Kalau begitu, buat apa undi BN, sia-sia saja.

Baik undi PAS, ada agenda Islam..

Anon 2. Masyarakat BN yang melupai akhlak Rasulullah. Antara keindahan Islam terletak kepada al-amru bil makruf, & anti mungkar. Bukan macam BN halal judi, arak, rasuah, tayangan video seks, isteri menteri tak tutup aurat. Upah blogger trojan ganggu blog pembangkang. Dapat RM50 ganggu satu blog sehari...

Blog upahan itu patut ucap t.kasih kpd blog pembangkang kerana dapat menyambung rezeki...

T. kasih.

Anonymous said...

Anon 2 kepada Ibnu Hashim :

Saya amat tidak bersetuju dengan pendapat tuan disebabkan blog pembangkang, blogger "upahan" dapat menyambung rezeki ....
Pada saya itu telah menunjukkan keangkuhan kerana rezeki bukan dari sesiapa ianya 100 peratus daripada Allah .... Mungkin Ibnu Hashim juga ter***** tentang persoalan ini...
Wallahuaklam.

Anonymous said...

Anon 2 kepada Ibnu Hashim :

Saya tidak dan belum membicarakan tentang soal pemerintah. Yang baik itu tetap baik dan yang mungkar itu tetap mungkar tidak kira kita orang sebelah mana.

Namun apa yang saya bicarakan adalah tentang blog tuan sendiri. Apakah dengan memaparkan gambar2 yang mencolok mata bagi tatapan pengunjung, tuan akan terlepas daripada kemurkaan Allah.

Ingatlah bahawa "Matlamat tidak menghalalkan cara".

Dari itu saya masih beranggapan bahawa disebalik nama yang indah tidak nampak keindahan Islam yang mungkin cuba dibawa dan mungkin agak keterlaluan jika hendak disamakan dengan Papa Gomo... fikir-fikirlah.

Ibnu Hasyim said...

Alhamdulillah, Anon 2,pun sedar rezeki dari Allah.

Mengapa blogger-bloger trojan masih sanggup mem'barua'kan diri kepada selain Allah, demi membuncit perut sanggup jadi pecacai BN yang hina sehinngga kelabu mata dari kebenaran?

Saya sendiri menulis tiada satu sen pun sokongan dari BN dan kuncu-kuncunya. Saya yakin dengan rezeki Allah.

Tetapi blogger-blogger itu sanggup jadi pecacai BN berpaling dari kebenaran kerana perut, apakah mereka tidak yakin dengan rezeki Allah?

Itu pandangan saya. Boleh kritik. Wassalam.

Anonymous said...

Baik undi PAS, ada agenda Islam..

"Agenda" terlalu mudah diperkatakan. Sesiapapunboleh berkata aku ada agenda ini dan itu. Tetapi lihatlah juga daripada perlaksanaannya.

Saya amat berharap undang2 Islam dapat ditegakkan di Kelantan. Tapi sampai kini agenda tetap tinggal agenda .....

Akhirnya saya beranggapan bahawa PAS di Kelantan sama dengan BN di Perak yang berbeza hanyalah PAS ada agenda yang dah lebih 20 tahun diucapkan tapi tiada usaha untuk melaksanakan. Tunjukkan satu bangunan Mahkamah Syariah Islam yang didirikan oleh PAS di Kelantan untuk menguatkuasakan hukum2 Islam . Jika negeri lain kata tidak boleh , mengapa Kerajaan Kelantan tidak mempu menunjukkan contoh kepada negeri2 di bawah BN. Sedaangkan lebih 80 peratus penduduknya adalah Melayu Islam berbanding Perak yang hanya 52 peratus.

Boleh tak Tuan beritahu mengapa AGENDA UTAMA itu masih gagal dilaksanakan ... dan tentu sekali alasan dengan meyalahkan orang lain sudah tidak dapat diterima pakai..

Ibnu Hasyim said...

Lagi kepada anon 2..

Persoalan yang ditimbulan anda telah saya jawab sebelumnya (sila nyatakan nama supaya dapat bedakan anom yang mana).Beginai bunyinya....

Terima kasih komen-komen anda.

Elok juga saya nyatakan pendirian weblog ini. (menjawab komen 2 dibawah tajuk E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel)..

1. Kita terang fasal Nabi Musa, kena terang juga fasal Firaun. Jelaskan Nabi Muhammad SAW, begitu juga Abu Lahab. Terang fasal PAS,terang fasal UMNO. Terang fasal maaruf, terang fasal mungkar. Terang fasal tutup aurat, terang fasal telanjang.

2. Timbul soal dosa masukkan gambar dedah aurat. Tolong jelaskan adakah 'gambar aurat' itu aurat?

3. Masalah 'gambar aurat' itu timbulkan kesan buruk dan menjadi ikutan. Cuba bandingkan, contohnya gambar Shahrizat Jalil tidak tutup aurat nampak jambul rambut dengan gambar bogel yang weblog ini siarkan.. Mana yang mudah dan banyak jadi ikutan? Lebih ramai pakai tudung spt Sharizat dari yang berbogil seperti dalam blog ini.

4. Mengapa tidak bantah weblog agama siarkan gambar Sherizat itu, yang dikatakan sama-sama ada kesan buruk?

5. Apakah tidak perlu difikirkan ada kesan baik yang boleh mengimbangi kesan buruk yang membuktikan fakta? Bagaimana dalam qaedah hukum fiqah dalam hal ini..

Insya Allah, saya akan huraikan di waktu yang lain.

As-salamu alaikum?
January 29, 2011 6:47 AM

Ibnu Hasyim said...

Lagi Anon 2. Undi PAS ada agenda Islam. Tuan tanya perlaksanaan undang Islam.

Al-hamdulillah tuan lebih baik dari UMNO apalagi BN yang tiada dalam perlembagaannya hendak laksanakan hudud atau undang Islam.

Tuan tahu BN perintah M'sia,ibarat memiliki sebuah rumah. PAS baru menang Kelantan atau Kedah,cuma dapat bilik dalam rumah tersebut. Siapa lebih berkuasa, pemilik rumah atau pemlik bilik, Mengapa kerajaan nak buat hudud kerajaan Pusat atau UMNO tak beri? tanya Dr Mahathir..

Begitu juga hal-hal lain. Rampas minyak diKelantan, mengapa negari lain bagi?

Anonymous said...

Anon 1 >

1. saya tidak undi berdasarkan parti. saya undi berdasarkan calon.

2. Undi pas ada agenda Islam? Tapi islam menurut tafsiran siapa? Adakah menurut tafsiran para salafus soleh ataupun menurut pemikiran ikhwani atau menurut acuan khawarij?

Apakah Ibnu Hashim berakhlak dengan akhlak Rasulullah?

Ibnu Hasyim said...

Saya undi PAS kerana ia parti Islam atau hisbul Islami. Perlembagaan PAS fasal 3, dasar PAS adalah Islam. Fasal 7, antaranya menyebut berlandaskan Al-Quran, Hadis, Ijmak ulama & qias.

Itulah saranan & antara akhlak Rusulullah. Itulah yang saya ikut. Tuan Anon 1 (bunyinya hampir sama dengan Anon 2) tidak pilih parti, pilih individu.

Adakah parti politik lain selain PAS di Malaysia yang perjuangkan Islam? UMNO, Jelas perlembagaannya fasal 3, dasarnya ialah Kebangsaan (asobiah).

Maaf, kalau tuan (anom) yang tak bernama ini, bukan islam. Padanlah tidak pilih parti Islam. Walaupun begitu PAS masih berdakwah sampai ke gereja. Bahkan ada kelab bukan Islam yang menyokong PAS. Mungkin mereka lebih faham Islam dari tuan yang tidak mahu menyokong parti Islam.

DAP pun menentang judi, berbanding UMNO penaja atau tauke judi. Na'auzubillahi minzalik.

T.kasih tuan, kerana sanggup berforum menerima kefahaman Islam.Moga-moga sedar dan kembali ke pangkal jalan. Sejahtera atas kamu atau as-salamu alaikum.

Anonymous said...

Anon 1 >

Golongan Khawarij memang mudah melabelkan orang yang tak sependapat dengan mereka sebagai Kafir.

Ali Mahmud said...

Boleh buktikan Ibnu hasyim itu seorang khawarij (Tidak Islam)?

Ingat menuduh seseorang itu kafir (khawarij).kalau yang dituduh itu tidak kafir. maka kafir itu berbalik kepada si penuduh.

Saya harap dan yakin, tuan tidak tuduh Ibnu Hasyim Khawarij, seperti juga, Ibnu Hasyim tidak menuduh tuan kafir.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails