Thursday, April 07, 2011

Dedah Aksi Seks K/Pemuda UMNO Pula? -Chegubard



KL, 7 April 11: Kini muncul “pendedahan” rakaman aksi seks Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula? Bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin, dikenali sebagai “Chegubard” berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan rakaman adegan seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN itu.

“Ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar, namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Badrul Hisham berkata lebih 2,000 keping video telah dibakar.

“Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) mengenai kewujudan video seks yang kononnya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.

“Namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja,” katanya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi SAMM berkata, rakyat menolak politik sensasi selak kain dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok memperbodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang.

“Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan,” katanya lagi.

Lebih dua minggu negara dikejutkan pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan aksi seks Anwar yang juga Ketua Umum PKR, oleh “Datuk T”. Awal minggu ini, klip sedutan pendedahan itu disebarkan menerusi dunia siber khususnya oleh blog-blog pro-Umno.

Dalam kenyataannya, Badrul Hisham juga berkata, menyerang dari segi politik tidak salah, termasuk menggunakan aspek mobilisasi rakyat sebagai penunjuk kekuatan tetapi ia seharusnya berlandaskan pertembungan idea bukan aspek tidak bernilai seperti politik selak kain.

“Ketika media dunia membincangkan perbagai perkara penting seperti krisis radiasi (impak tsunami Jepun), kebangkitan rakyat di Timur Tengah hingga Afrika, krisis yang menyerlahkan kegagalan sistem ekonomi “kapitalis” sehingga menyeret ada negara menjadi muflis.... namun dalam negara ini media lebih seronok memainkan “politik” berasaskan tuduhan seks dan video lucah,” katanya.

“Tidak tahu di mana salahnya, adakah salah media arus perdana yang dikuasai pihak tertentu atau pemain-pemain utama politik negara yang sanggup bertindak ala “desparado”,” katanya.

Malah tambah beliau, ketika dunia sedang beralih kepada politik baru berasaskan nilai, rekod dan idea, Malaysia seolah mundur ke belakang dengan politik selak kain yang sebenarnya lansung tidak memajukan pemikiran rakyat.

“Menteri seperti YB (Datuk Seri) Nazri Aziz pula sentiasa terlalu mengeluarkan kenyataan politik dari menghalalkan tanyangan video lucah, malah yang terbaru beliau kelihatan begitu meraban apabila menyatakan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) isteri Anwar sendiri tidak layak menilai adakah lelaki dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. Kalau bukan isteri siapa lagi yang layak menilai?” kata Badrul Hisham yang bertanding melawan Khairy di kerusi Parlimen Rembau pada 2008.

“SAMM dengan ini bagi pihak anak muda Malaysia merakamkan rasa kesal dengan politik “kotor” dan tidak mendidik ini. (IH/The Malaysian Insider)

7 comments:

BZ said...

video sex isteri pemimpin negara?
Biar betul? Apa tindakan sang
suami? Dayus! Dayus! Dayus!Tak
layak jadi pemimpin!!!

Halimi MN said...

Apa yang BN buat janganlah Pakatan Buat juga, nanti keputusannya dua-dua sama bagi tanggapan rakyat.

Anonymous said...

Apa yang BN buat janganlah Pakatan Buat juga, nanti keputusannya dua-dua sama bagi tanggapan rakyat:::

Betul tu Halimi MN. Aku sutuju sangat dengan hang. Politik kat Malaysia makin caca merba. Tak kira PAS, UMNO, PKR DLL kalau isu tu bagi kredit kat depa pasti boleh tapi kalau kena batang hidung sendiri tak boleh pulak.

Ini adalah kerana parti yg mengaku Islam pun buat macam tu. Jadi masyarakat makin keliru.

Kesimpulannya, sesiapa yang beriya-iya nak merebutkan jawatan sebenarnya TAK LAYAK JADI PEMIMPIN seperti yang dianjurkan semasa zaman Rasulullah. Jadi kalau Umno buat biasa la pasal depa tak kata depa parti Islam tapi parti yang mengaku parti Islam pun sama jer macam tu.

Apa komen TGNA. Dulu kata orang" bila nak turun, dah nyanyuk dll" Sekarang TGNA macam mana??? Mungkinkah Allah dah terbalikkan apa ygt kita kata kat orang, kini kena kat kita balik...

Anonymous said...

Kirim salam banyak2 kat bard, suruh dia nasihat YB Pas yang kena tangkap basah, pegawai khas tu pun termasuk sekali, lepas tu jgn cuba nasihat orang dan cuba berlakun baik, nasihat juga bos kau dengan tragedi yg baru kedengaran, kita perlu selidik ruang rumah kita dulu sebelum cuba nak jengah jiran2 supaya tiada yang bocor, lepas tu bagi tazkirah dgn guru yg bacul berani bunuh budak je, pesan ke puak2 PR ajarlah ilmu yang betul bukan ajar menjadi ganas sampai bunuh budak.

Anonymous said...

ITULAH YANG AKAN MEREKA SERAPKAN KE DALAM SISTEM PENDIDIKAN JIKALAU PR MEMERINTAH MALAYSIA, NAKAL MARAH DAN BUNUH.

Anonymous said...

Bro,

Jangan nak acah-acah aja. Buktikan yang apa yang ko cakap tu benar. Aku tak peduli samada pemimpin tu dr Pembangkang atau pemerintah, asal kalau ada yang akhlaknya teruk, lebih baik disingkirkan. Jangan nak lagal jadi pemimpin tapi perangainya tahap sampah.

Buktikan pada rakyat dan jangan sampai orang chop ko Parti Kelengtong Rakyat.

Sendiri buat sendiri tanggung.

Anonymous said...

yelah... ari ni video pemuda, esok menteri, lusa wanita pulak.. bila mintak bukti? ohh.. saya dah bakar semua bahan bukti tu. sebab saya orang yg beriman, saya orang yg bermoral. takkan jatuhkn orang lain dengan cara kotor...

WADEFAK??? STUPID MELEIZ!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails