Tuesday, April 05, 2011

Kes Tuduh Zina Anwar, Perlu Ke M/Syariah -PUM.


KL 5 April 11: Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir mahu supaya kes tuduhan zina kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikaitkan dengan rakaman video seks, dibicarakan di mahkamah syariah bukan mahkamah konvensional.

“Kena bicara di mahkamah syariah sebab ia babitkan hukuman qazaf, kalau di mahkamah majistret tiada tuduhan fitnah ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Malaysiakini pula melaporkan, ekoran tuduhan zina terhadap Anwar itu juga, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah memfailkan aduan qazaf terhadap “Datuk T” semalam kerana menuduh Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlibat dalam perbuatan zina melalui pendedahan rakaman video seks.

AMK membuat laporan rasmi ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung tuduhan zina yang didakwa telah dilakukan ke atas ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar juga telah menafikan beliau tidak terlibat dalam rakaman video seks itu dan telah membuat laporan polis.

Datuk Sheikh Abdul Halim juga berkata, di bawah undang-undang Islam mana-mana individu yang membuat tuduhan zina perlu mengemukakan bukti sahih selain mempunyai empat orang saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku. Sekiranya gagal, kata beliau individu tersebut boleh dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan palsu dengan tujuan untuk mengaibkan orang lain. Lapor The Malaysian Insider lagi.

“Kalau dedah kepada umum tidak boleh... dedah keburukan orang lain juga tidak boleh sebab kalau nak hukum seseorang kita kena pastikan dulu, macam kita makan nasi kalau nak tahu sedap kena rasa dulu.

“Tapi dalam kes rakaman video seks ini, kalau tuduhan ini tidak benar, Datuk T boleh dikenakan hukuman sebat 80 kali kerana membuat tuduhan palsu dan fitnah ..dan ia kena dibuat di mahkamah syariah ..dan hukuman qazaf perlu dilaksanakan jika tuduhan itu tidak benar,” kata beliau.

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai “Datuk T” menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada media pada 21 Mac lalu.

Menurut Sheikh Abdul Halim, rakaman video seks itu juga tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.

“Tidak boleh... tidak boleh... sebab kita kena ada empat saksi lagipun siapa yang boleh buktikan lelaki dalam video itu adalah Anwar.

“Zaman moden sekarang macam-macam boleh jadi, saya juga belum tengok video seks itu... ada yang kata muka macam Anwar tapi perut bukan Anwar... macam-macam boleh jadi sekarang, kaki, tangan semua orang boleh buat jadi lain,” katanya. (IH)

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?
E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails