Monday, March 07, 2011

Kami Terharu & Malu Kepada Lim Guan Eng..


CATATAN SANTAI MERLIMAU 2

"APA khabar Kedah, dibawah tadbiran kita?" Saya memulakan perbualan pagi itu sebelum menantikan waktu sholat subuh.

"Baguih!, tapi kami malu kat Lim Guan Eng.." Jawabnya.

Saya terperanjat, "Ai, takkan sampai lagu tu."

"Ya! Kami malu kepada kerajaan pimpinan bukan Islam DAP. Kami terharu."

"Menagapa?"

"Kerana beberapa sebab...
Pertama, Guan Eng berjaya memisahkan kewangan kerajaannya antara pendapatan yang halal dan bersih kepada dua akaun berasingan.
Kedua, membuat sumbangan dan pembaharaun sumbangan dalam bidang agama Islam, pembelanjaran, guru agama, tahfiz dan yang berkaitan di Pulau Pinang.
Ketiga, tidak menurut kerenah puak UMNO." kata kawan saya yang dijumpai di kawasan kedai makan untuk sholat subuh, di simpang highway Utara-Selatan ke Merlimau itu.

Menurutnya lagi,

"Lain dengan negeri kami Kedah, tak berani buat pembaharaun. Masih menjaga hati puak-puak UMNO. Masih mengekalkan puak-puak pembelot tu di tempat lama dengan sikap yang sama. Menjadi duri dalam daging negeri Kedah. Judi, kelab disko, 4 nombor ekor masih berleluasa. Pondan dan pelacur masih berkeliaran sekitar stadium negeri.

"Kerajaan Selangor pimpinan PKR berani lawan kes air.. Tetapi Kedah , ikut perangai pondan-pondan tu... Ingat Kelantan, baru mula tadbir 100 hari (1990), macam-macam perubahan dibuat. Lawan dengan TNB di Pergau. Pengundi-pengundi PAS terasa, tuntutan Islamnya dihargai. Ini tidak, UMNO yang terasa dihargai, sama dengan pemerintahan UMNO dulu. Kalau nak ikut UMNO, buat apa berjuang atas nama PAS?

"Bolehkah pengundi PAS tahan bersabar dengan putak-belit Pemimpin PAS Kedah yang bersembunyi di bawah topeng 'strategi' hingga PRU 13 mendatang? Mengapa pendaftaran pengundi baru tercorot berbanding DAP Pulau Pinang? Ingatlah pemimpin PAS Kedah... Kamu memegang amanah Allah, kami mengkritik juga kerana amanah Allah. Kritik dari dalam,senyap-senyap kami sudah tidak mampu lagi."

Demikian kata kawan saya itu. Baru saya ingat, dia pernah membantu saya dalam pilihan raya 1990 semasa saya diamanahkankan PAS bertanding di DUN Bayan Lepas Pulau Pinang PAS. Lepas itu dia berhijrah dan menumpukan perjuangannya di Kedah hingga sekarang.

Oh, waktu subuh sudah masuk. Jom kita berjamaah bersama-sama! Kami pergi bersama-sama.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
7 Mac, 2011. KL

Sebelum ini...

3 comments:

Anonymous said...

Saya amat berharap usia pemerintahan PAS di Kedah akan berpanjangan tetapi MB wajar lebih telus membuat pemantauan.Dulu semasa PAS pembangkang di Kedah dua tiga orang kenalan saya berkhidmat seolah-olah markas PAS Pendang itu adalah rumah kedua mereka tetapi setelah PAS menjadi pemerintah mereka ini diusir kerana ada orang lain dibawa masuk oleh barisan exco negeri untuk menggantikan tempat mereka di markas.Dah tak ada bezanya kelaku kelakat pemimpin PAS dan UMNO bila ada kuasa.Di Jenun pun khabarnya ada masalah juga.PRU 13 dah makin hampir jangan leka dan syok sendiri - PAS perlukan undi golongan muda dan pengundi atas pagar.Jangan biarkan membuat tanggapan PAS UMNO sama jerrr

Anonymous said...

mohon kongsi...

Shahabudeen Jalil said...

artikel menarik...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails