Wednesday, March 09, 2011

Tak Perlu Jelaskan Kpd Nik Aziz -Mufti Perak

Harussani masuk perangkap inikah?

KL, 9 Mac 11
: Mengapa Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tidak perlu membuat penjelasan kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung tulisan responsnya menyentuh isu “undi PAS masuk syurga”, Ahad lalu.

Ini kerana, jelas Harussani, sekiranya penjelasan diberikan kepada Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan itu akan tetap mengeluarkan kenyaataan yang bercanggah dengan kehendak agama Islam. Harussani juga percaya Nik Aziz akan tetap menggunakan hukum agama dalam politik yang boleh mengelirukan umat Islam.

“Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan.

“Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi,” katanya.

Beliau berkata, Nik Aziz tidak layak untuk menentukan sama ada seseorang individu itu masuk syurga atau tidak.

“Syurga adalah hak Tuhan... bukan hak kita sebagai manusia untuk menentukanya.

“Bukan hak kita untuk cakap macam itu, ini adalah kuasa Tuhan,” tegasnya.

Nik Aziz telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan Harussani ekoran penyataan “undi PAS masuk syurga” semalam. Harussani baru-baru ini dilaporkan menasihatkan Nik Aziz, agar tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana dibimbangi mengelirukan umat Islam. Surat itu dihantar pagi semalam oleh pejabat Nik Aziz.

Mengenai hasrat Dewan Pemuda PAS Perak untuk menjadi orang tengah, Harussani berkata, beliau tidak memerlukan sesiapa untuk mengaturkan pertemuan dengan Nik Aziz. Sebaliknya, beliau berkata sesiapa sahaja termasuk Nik Aziz jika ingin menemuinya boleh terus datang ke pejabat Mufti Perak.

“Siapa nak jumpa saya, datang jumpa di pejabat saya, saya tak perlu untuk jumpa mereka.

“Bukan saya yang berhasrat untuk mengadakan pertemuan,” kata Harussani. (IH)

4 comments:

Anonymous said...

menampakkan kesombongan mufti ini dgn alasan yg mudah tapi tidak ada pengerian utk mencerahkan suasana sebagai seorang jemaah ISLAM..
nanti dijumpai ada saja alasanya.
kedudukan bukan menjadikan kita sombong dan penghalang dlm soal yg berkaitan dgn ISLAM..bukan semau rakyat ini bodoh dlm menilai apa yg berlkau dlm suasana politik y berlaku sekarang tidak perlu menjadi mufti utk menilai mana yg benar mana yg batil..bercakap tentang AMANAH tak usah le berlapik lapik dan pilih bulu wahai tuan mufti..

Anonymous said...

...untuk keperluan hidup ni gunalah Islam sepenuh-penuhnya. Jangan ambil separuh-separuh atau jangan ambil Islam untuk tujuan maksiat.

Takkan mufti lupa setiap apa yang dilakukan oleh manusia semuanya akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak. Takkan bab mengundi pun tak ada dalam bab dunia akhirat.

Anonymous said...

Dulu dialah yg merayu2 nak jumpa Nik Aziz selepas Perak ditawan Pakatan Rakyat..

BENCIREMAJABURUKAKHLAK said...

Kalau tuan mufti benar2 tidak menyebelahi parti politik, kenapa tidak tegur kerajaan BN yg sering war2 kan pd rakyat mereka jg perjuangkan islam pd media2 masa dan program2 mereka. Adakah sbb mereka tidak gunakn nama Islam dlm sbg nama parti, mereka boleh guna Islam. Kalau PAS, dikatakan menyesatkan org? Lihatlah, hakikatnya akhlak dan masalah sosial org islam skrg makin teruk setelah pemerintahan BN lebih 50 tahun?? Termasuk isu MURTAD yg pernah tuan perjuangkan lama dahulu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails