Monday, March 07, 2011

T/Kasih Pengundi & Tahniah Calon BN -Yuhaizat


JASIN, 6 Mac 11: Keputusan Pilihan raya kecil DUN Merlimau, menyaksikan calon PAS Yuhaizat Abdullah (gambar disebelah berbaju putih) tewas kepada calon BN Roslan dengan majoriti 3,643 undi.

“Keputusan kita dah tahu dan saya ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya." Kata Yuhaizat calon PAS yang mendapat 2,319 undi,m manakala Roslan calon BN memperoleh 5,962 seterusnya memastikan Merlimau kekal kubu kuat BN.

“Saya juga ucapkan tahniah kepada calon BN Roslan Ahmad atas keputusan ini, saya juga akan terus berusaha dan pastikan segala janji yang dikatakan BN sebelum ini ditunaikan,” kata Yuhaizat pada sidang media di Markas PAS di sini.

Jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka itu, beliau akan menjadi pemantau prestasi Roslan dan berharap wakil rakyat baru itu dapat menjalankan tugas dengan baik seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dibuat sebelum ini.

“Saya akan jadi pemantau kepada Roslan, walaupun tewas saya tidak sedih atau kecewa kerana saya masih ada pengundi yang bersama dengan saya.

“Dalam pilihan raya kecil bukan mudah untuk mendapat 2,319 undi dan saya akan pastikan segala janji akan dikotakan,” katanya. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails