Thursday, March 10, 2011

Kita Minta Surat Penjelasan Harussani -SU Akhbar N/Aziz


KL, 10 Mac 11: “Kita minta surat untuk mohon penjelasan mengenai tulisan beliau (Harussani) yang kata Nik Aziz cakap ‘undi PAS masuk syurga’, kita bukan nak jumpa beliau." kata Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain Nik Aziz kurang senang dengan tulisan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria itu barisan kepimpinan negeri Kelantan turut melahirkan rasa kurang senang apabila Harussani mengaitkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kenyataan “undi PAS masuk syurga.” Ekoran tulisan Harussani dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu, pejabat Menteri Besar Kelantan telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan daripada Mufti Perak itu.

Bagaimanapun, menurut Ahmad Fadhli sehingga kini Harussani masih belum membalas surat rasmi tersebut yang telah dihantar.

“Kita telah hantar surat rasmi untuk mohon penjelasan, kalau beliau tidak mahu jelaskan kami juga mahu surat rasmi daripada beliau... kita hantar melalui surat, jadi kita mahu beliau balas juga melalui surat... bila kita sudah terima surat daripada beliau baru kita akan keluarkan kenyataan,” katanya ketika dihubungi media sebentar tadi.

Kata beliau, sebarang kenyataan terbaru akan dikeluarkan sebaik sahaja menerima surat balas daripada Harussani.

“Apa-apa kenyataan yang akan dikeluarkan nanti berdasarkan surat dari beliau tapi setakat hari ini kita masih belum menerima surat balas dan kita masih menunggu surat balas dari Mufti Perak.

“Kita di sini kurang senang dengan tulisan Mufti Perak yang mengaitkan Menteri Besar dengan ‘undi PAS masuk syurga’, jadi kita harap beliau respons surat yang kita hantar,” katanya.

Semalam Harussani yang menegaskan beliau tidak perlu membuat penjelasan kepada Nik Aziz berhubung tulisan responsnya menyentuh isu “undi PAS masuk syurga”. Ini kerana, jelas Harussani, sekiranya penjelasan diberikan kepada Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan itu akan tetap mengeluarkan kenyaataan yang bercanggah dengan kehendak agama Islam.

Selain itu, Harussani percaya Nik Aziz akan tetap menggunakan hukum agama dalam politik yang boleh mengelirukan umat Islam. (IH/Sumber The malaysian Insider)

6 comments:

Anonymous said...

Dalam solat kita selalu mengaku depan Rabbul Jalil, Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku untuk Allah Tuhan Sakalian Alam. Tapi nampaknya pemimpin ugama sorang ni Solatnya, Ibadatnya, dan Matinya (terpaksa kepada Allah), sebaliknya Hidupnya telah tersasar daripada tujuan nya. Janji dalam solat dah berbeza dengan amalan hariannya... sepatutnya untuk kejernihan Ugama yang terkeruh oleh sebahagian kecil "Ulamak Tersetia" ini, berbincanglah dengan baik. Carilah kata putus yang jelas dari hukum agama. Jangan ikut nafsu serakah itu.Ingatlah nafsu itu sejahat-jahat musuh bagi diri kita. Ingat jugalah kita tidak tahu bila kematian kita akan berlaku. Taubatlah sebelum terlambat.

ex KIM student said...

aku tengok mufta sorang nie...dah begitu jauh tersasar sebagai orang yg mengaji....

nama saja mufti.....
tapi prangai mengalahkan budak tadika.....

dia telampau megah dgn kehidupan dunianya......
akhlak sebagai mufti dah hancuzzzzzzzzz.....

Unknown said...

tuan mufti dgn gelaran duniawi yg panjang sepatutnya kita gunakan Ilmu ISLAM sebaiknya demi ISLAM dan Umatnya dlm semua bidang.jgn pilih2 jgn sebabkan kerusi empuk,jawatan dan gaji yg lumayan alap dan lupa dgn tanggung jawap seorng ISLAM yg berilmu..
kita diluar ini tidaklah sebodohnya menilaimana yg betul mana yg salah..so kembalilah kejalan ALLAH yg sebnar sebelum terlambat..belum pernah dan berani tuan mufti ini mencanggah bilaman pemimpin yg mufti idolakan mengeluarkan kenyataan dan menghina ALLAH dan Rasullullah ...banyak dah

batupelebodo said...

tengok muka nik aziz betul2 tak ada cahaya langsung, macam chin peng dan seiras dengan ayah pin, kuat fitnah dan guna hukum agama untuk mengelirukan orang

batupelebodo said...

ni aziz pun bukan betul pun asyik mengata orang je kuat, kerja malas, asyik mengharap duit haram kerajaan persekutuan jah, nak bagi orang2 kuat agama Kelate makan duit haram tu supaya jadi bengong supo dio. Nak bagi oghe jate Kelate hok malas kejo mengharapkan orang tino bekerja tu make tidur jah. nik aziz ni bukan nye guru tapi hantu

batupelebodo said...

tak payah tulis surah kat nik aziz wahai TUAN GURU HARUSANI, nik aziz ni tak standard low class punya ustaz , kalau nak bincang bincang dengan Tok Pa lagi bagus, ada juga faedah, Tok Pa berusaha bekerja untuk membangunkan negeri Kelantan, bukan macam chin peng seko ni, bercakap pasal agama diolah hebat tapi perbuatan habuk pun tarak. Cuba tengok gambar tok guru demo semuo maso dio nikoh, hahahaha bini dio pun lebih kure bini najib jugok, hahahahah http://buaya-merah.blogspot.com/2010/12/gambar-nik-aziz-nik-mat-bersanding.html tok guru lagu ni ko, Harusani tak lagu ni wehhhhhhhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails