Thursday, March 10, 2011

Syiah: Bernama Perlu Betulkan Laporan -Nasharudin

KL, 9 Mac 11: Timbalan Presiden PAS (gambar), Nasharudin Mat Isa menafikan laporan Bernama hari ini yang seolah-olah menggambarkan beliau mahu pengikut ajaran Syiah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, dalam sesi soalan tambahan di parlimen pagi tadi, beliau sebenarnya mempersoalkan mengapa pengikut-pengikut ajaran Syiah perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak membicarakan mereka secara adil di mahkamah.

Walau bagaimanapun, Bernama dalam laporannya bertajuk "Dewan Rakyat: Pengikut Syiah Dilarang Sebar Ajaran Kepada Pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah" melaporkan sebaliknya, dengan mendakwa Nasharudin bertanya kenapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.

"Kesilapan wartawan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti PAS yang selama ini lantang dan konsisten memperjuangkan supaya dan Kem Tahanan Kamunting dihapuskan.

"Malah, dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari ini, saya sekali lagi mengulangi desakan supaya akta drakonian ini dibubarkan selari dengan desakan pelbagai pihak termasuk Gerakan Mansuhkan ISA, Suhakam, UNHCR dan Human Rights Watch," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Sehubungan itu, melahirkan rasa kesal dan mahu agensi berita itu memperbetul kesilapan tersebut.

Pagi tadi, sidang Dewan Rakyat dimaklumkan pengikut ajaran Syiah di negara ini dilarang menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah, tetapi bebas untuk terus mengamalkannya.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga memberitahu pengikut ajaran itu tidak boleh ditahan di bawah ISA kerana tidak semua ajaran fahaman itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah. (Harakah)

1 comment:

Anonymous said...

Salam.

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut kebenaran di sebalik syiah, anda dijemput menghadiri ceramah eksklusif "BAHAYA SYIAH"....

..anjuran ISMA DHL & Pembina Cawangan Bangi dengan kerjasama dan sokongan Kelab Kebajikan dan Sosial Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM (KESUTRA) dan Fikrahislam.com.

Berikut adalah butir-butir mengenai ceramah ini:

Tarikh: 28 Mei 2011 (sabtu)
Masa: 9 pagi - 12 tengahari
Tempat: Dewan Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM),UKM, Bangi.
Penceramah: Ust. Mohamad Bin Ismail (Berpengetahuan luas mengenai Syiah)
Yuran: Pelajar RM5 dan Bukan Pelajar RM10
Kapasiti : 100 orang sahaja

Di dalam sesi soal jawab, anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai Syiah...

Untuk maklumat lanjut,

Anda juga boleh melayari:
http://ismadhl.com/jemputan-ke-ceramah-bahaya-syiah/
http://www.fikrahislam.com/event/jemputan-ke-ceramah-bahaya-syiah/
http://joomlahusrah.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails