Saturday, March 12, 2011

Loteri Di S'ngor, Syabas Datuk Dr Hassan!


SHAH ALAM, 12 Mac 11: Syabas Datuk Hasan! Walaupun keadaan di Selangor tidak boleh disamakan dengan di Kelantan, namun erajaan negeri Selangor akan merujuk isu penjualan tiket loteri di negeri itu kepada ulama, pengamal undang-undang, dan pakar dalam bidang berkaitan sebelum merumuskan sebarang keputusan.

Exco agamanya, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata kerajaan negeri akan mencari pendekatan sendiri agar sebarang keputusan tidak dipengaruhi mana-mana pihak. Bagaimanapun kata Hassan yang dipetik TV Selangor, keadaan di Selangor tidak boleh disamakan dengan di Kelantan.

Namun, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, orang Islam di Selangor tetap diharamkan daripada membeli nombor ekor dan tiket loteri seperti yang termaktub dalam Enakmen Undang-Undang Islam kerajaan negeri.

Katanya, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) juga boleh mengambil tindakan terhadap orang Islam yang berjudi, meminum arak atau pun melakukan maksiat di tempat terbuka. Ditanya mengenai kegiatan pihak tertentu mengedar risalah tilik nasib dan nombor ekor yang memaparkan pengalaman orang Islam yang kononnnya memenangi hadiah, Hassan berkata perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat Jais tidak lama lagi bagi mengenal-pasti bentuk tindakan. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails