Thursday, May 19, 2011

Video Seks Anwar: PAS Tak Mahu Terlibat? -N/Presiden PAS


KL 19 Mei 11: PAS tidak mahu terlibat dalam isu rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru isu rakaman video seks 5tersebut hari ini.

“Apa yang menjadi prinsip PAS, kita tidak mahu terlibat dengan qazaf, kita tidak mahu terlibat dalam perkara itu.

“Kita tidak boleh tuduh (seseorang) tanpa empat saksi yang adil, itu Islam punyai prinsip,” katanya.

Ditanya sama ada pelaku dalam rakaman video seks itu perlu didedahkan, Salahuddin bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.

“Kita tidak mahu komen sebab ia satu tuduhan yang tidak diizinkan oleh Tuhan, bukan tugas kita untuk dedahkan sesiapa kerana semua orang tidak mahu dituduh,” katanya.

Semalam Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” itu.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya. (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?
E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?

3 comments:

Anonymous said...

Masa ni hangpa tau la pulak tak boleh tuduh-tuduh ....tapi masa nak fitnah DS Rais Yatim dengan DS Najib hangpa pakat sorak ... tu la dia hamPAS pencacai DAPigs... tak konsisten langsung....

hamPAS penyokong kuat PELIWAT dan PENZINA ...

Dupuis said...

Anon bangang !
Itulah politik namanya...hahaha..tak perlu berlakon baik!

Anonymous said...

kembalilah kepada ajaran islam yang sbenar-benarnya..semoga kita semua mendapat hidayah dan petunjuk-Nya..amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails