Thursday, May 19, 2011

Dr Mujahid Tak Bertanding Jawatan N/Presiden PAS



KUALA LUMPUR, 18 Mei: Bekas calon Naib Presiden PAS sessi lepas, Mujahid Yusof mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan itu kali ini tetapi akan bertanding untuk AJK PAS Pusat sahaja.

Dalam kenyataan bertulisnya kepada Harakahdaily, Mujahid berkata, buat masa ini beliau belum mampu membawa pertanggungjawaban di tahap tersebut namun untuk masa hadapan "saya serahkan kepada Allah dan kepada ahli untuk menilai prestasi saya."

"Walaupun demikian saya bersetuju menerima pencalonan untuk jawatan AJK PAS Pusat dan selagi khidmat saya diperlukan saya akan terus berkhidmat untuk parti demi agama, bangsa dan negara," kata beliau.

Dalam Muktamar 2009, Mujahid bertanding jawatan naib presiden tetapi tewas. Namun begitu beliau menang jawatan AJK PAS Pusat. (Sumber Harakah)

Ikuti dari awal..
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails