Saturday, May 21, 2011

U/Langat: Tanah Runtuh, A/Yatim Tertimbus, Gambar..


Rumah itu menempatkan 49 orang termasuk lima penjaga di mana seramai 28 orang terselamat dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Empat penjaga kanak-kanak tersebut masih belum ditemui. Setakat ini, seramai 9 orang telah berjaya dikeluarkan dengan tiga kanak-kanak terkorban dan enam cedera.
Walaupun dalam hujan lebat, kerja menyelamat oleh pihak berkuasa masih diteruskan bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus termasuk empat kakitangan pengurusan rumah berkenaan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.Ini dinyatakan Khalid dalam laman Twitternya, sebentar tadi
KL, 21 Mei 11: Kira-kira 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat.

Setakat pukul 5.30 petang tadi, Bernama melaporkan lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Seorang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang, kesemua kanak-kanak itu berada dewan makan rumah anak-anak yatim itu. (IH)

2 comments:

Rohani M.U said...

Salam.
Al-Fatihah untuk adik-adik yang tertimbus dan terkorban dalam tragedi ini. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Ibnu Hasyim said...

Amin! Al-Fatihah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails