Friday, May 20, 2011

Nasrudin Kekal Ketua Pemuda PAS, 3 Calon Tarik Diri


KL 20 Mei 11: Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dijangka mengekalkan jawatannya selepas tiga lagi calon lain membayangkan tidak akan mencabar beliau.

Pagi tadi, ketua penerangan pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan akhbar juga mengumumkan tidak akan bertanding jawatan berkenaan.

"Setelah mempertimbang pelbagai jawatan yang ditawarkan oleh ahli-ahli PAS seluruh negara maka saya membuat keputusan untuk menawarkan diri bertanding secara harmoni dan penuh ukhuwah jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan AJK PAS Pusat," kata Suhaizan.

Sementara itu Harakahdaily melaporkan dua lagi calon iaitu timbalan ketua pemuda PAS sekarang, Azman Shapawi Abd Rani dan pengarah pilihan raya pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar, juga telah menyatakan hasrat tidak akan bertanding jawatan berkenaan. Azman semalam berkata, beliau tidak akan bertanding jawatan ketua pemuda sekiranya Nasruddin berhasrat mempertahankan jawatan yang disandangnya itu.

Firdaus pula semalam memaklumkan hanya akan bertanding merebut kerusi nombor dua dewan itu sekaligus menolak untuk bertanding ketua pemuda. Dengan perkembangan itu, bermakna Nasruddin (kiri) mempunyai laluan selesa untuk mengekalkan jawatannya. Bagaimanapun keputusan rasmi calon yang akan bertanding hanya akan diumumkan selepas 26 Mei ini. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails