Saturday, May 21, 2011

MB Imamkan Kapten Bola Di Stadium... Dlm BN Ade Ke?

SUKAN

KOTA BHARU, 20 Mei: Kapten bola jadi imam solat. Itu yang Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahukan. Hal begitu yang tidak ada sejarah pemerintahan BN. Apa lagi kalau perdaana Menteri Malaysia mahu jadi makmum di belakang kapten bola negara.

"Kalau jadi begitu kepada PM.. hujan naik ke langit!!" Kata seorang penyokong bola Kelantan di Chow Kit, sebentar tadi sewaktu dtemui oleh Weblog Ibnu Hasyim. "Ha, ha, ha!!" Dia gelak besar.

Tetapi bagi MB Kelantan, “Insya Allah, apabila stadium itu siap nanti, kalau umur saya panjang, saya mahu menunaikan solat di stadium itu dengan ‘kapten’ bola menjadi imam sembahyang,” kata Tok Guru.

Beliau mengulangi persetujuan kerajaan negeri untuk membina kompleks sukan yang menempatkan stadium utama dengan muatan 40,000 penonton. Pembinaan itu, menurutnya akan dilaksanakan di atas tanah milik kerajaan negeri kira-kira 40.5 hektar bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan tender pembinaan kompleks sukan itu dibuka kepada mana-mana pemaju yang berminat.

“Kelantan akan buat stadium baru. Ini kerana stadium yang ada sempit dan mengalami kesesakan penonton, tetapi stadium itu stadium yang bercampur dengan masjid.

“Orang lain buat juga stadium, tetapi kita mahu ada ‘benda lain’ pada stadium yang kita buat itu iaitu stadium bercampur masjid,” katanya.

Menurutnya lagi, masjid itu tidak dibenarkan dibina berasingan dari ruang stadium sama ada di tingkat atas atau di luar bangunan stadium, bahkan hendaklah dibina berhampiran dengan tempat duduk penonton bagi memudahkan orang ramai bersolat dengan kadar segera. Katanya, pembinaan ruang solat (masjid) itu sekadar boleh memuatkan antara 10 hingga 30 orang pada satu-satu ruang solat.

“Jadi semua ruang bangunan dalam stadium itu terdapat antara 10 hingga 30 tempat ruang untuk solat. Bangun (penonton) daripada kerusinya, boleh bersolat segera. (IH)

2 comments:

Dupuis said...

Aik!!! sejak bila Najib jadi macam dalam gambar tu???

Anonymous said...

nak buat jambatan pun tak boleh,nak buat stadium pulak,jangan jadi mat jenin sudah lah...masa akan menentukan samada janji munafik atau sebaliknya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails