Saturday, May 21, 2011

Pemuda PAS: 3 Calon Untuk Jawatan No 2



KL, 21 Mei 11:
Selepas perebutan untuk jawatan nombor satu Dewan Pemuda PAS Pusat terjawab, tumpuan kini beralih kepada kerusi timbalannya pula.

Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga calon untuk jawatan nombor dua itu telah mengesahkan diri bertanding, termasuk penyandangnya Azman Shapawi Abd Rani.

Dua lagi yang menyatakan hasrat sama adalah Pengarah Pilihan Raya dewan itu Mohd Firdaus Jaafar dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat. Ketiga-tiga mereka sebelum ini juga dicalon untuk bertanding jawatan ketua pemuda, namun telah menyatakan pendirian menolaknya sekaligus membuka ruang kepada penyandang jawatan itu, Nasruddin Hassan untuk menang tanpa bertanding.

Keseluruhan nama yang layak untuk bertanding timbalan ketua pemuda adalah seramai sembilan orang termasuk Nasruddin. Nasruddin bagaimanapun telah menyatakan hasrat mempertahan jawatan ketua pemuda yang disandangnya dan menjadikan calon timbalan kini lapan orang.

Selain Azman, Firdaus dan Suhaizan, lima lagi pencabar untuk jawatan itu adalah Ahmad Sabki Yusof, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Riduan Mohd Nor, Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob dan Mohd Nor Hamzah.

Sabki yang juga salah seorang penyandang naib ketua pemuda bagaimanapun ketika dihubungi Harakahdaily menyatakan hasrat menolak semua pertandingan jawatan dalam pemuda sebaliknya hanya akan bertanding di peringkat AJK PAS Pusat.

"Saya sudah bagi surat jawapan kepada Jawatankuasa pemilihan.

"Saya hanya menerima untuk bertanding AJK PAS Pusat," katanya.

Sementara itu, Ridhuan Mohamad Nor pula memberitahu Harakahdaily bahawa belum membuat sebarang keputusan terhadap perkara itu dan mahu tunggu dan lihat

Untuk jawatan naib ketua, Dr Raja Ahmad Al His telah mengesahkan beliau akan bertanding jawatan yang kini disandang oleh Ahmad Sabki Yusof itu.

Sabki yang baru dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan itu atau mana-mana jawatan dalan Pemuda PAS.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails