Friday, May 20, 2011

Ismail Haniyah Cedera Dalam Latihan Bola Sepak

SUKAN


GAZA 20 Mei 11: Walaupun sibuk dengan pelbagai kegiatan, pemimpin mesra rakyat perdana menteri HAMAS Ismail Haniyah tetap sempat bermain bola sepak dalam menjaga kesihatan badan. Tapi dalam sesi latihan bola Khamis kemarin 19 Mei, Haniyah mengalami sedikit kecederaan. Ismail cedera semasa latihan, di Kota Gaza. Demikian menurut media Palestin kelmarin.

Menurut laporan, perdana menteri Hamas luka kakinya, dirawatk di sebuah hospital tempatan. Pemimpin Hamas tersebut diperintahkan berehat sekurang-kurangnya 10 hari dari mengikuti latihan. Sumber rapat menyebutkan Haniyah telah menghadiri sesi latihan tersebut setiap minggu, kerana hal itu merupakanrutin sukan beliau.

Ismail Haniyah merupakan mantan pemain bola sepak yang dulu sering berpartisipasi dalam acara-acara sukan, termasuk pertandingan bola sepak di stadion Gaza sebelum hancur diserang Israel selama Operasi Lead Cast tahun 2009.

Di masa lalu, Haniyah terkenal sebagai salah satu pemain bola sepak terbaik di kelab bola sepak di kam pelarian Al-Shati dan kelab bola sepak bola asosiasi Islam, di mana beliau menjadi ahli dewan kelabnya selama beberapa tahun. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails