‘MANUSIA Mati Meninggalkan Nama’, ‘Nama Menunjukkan Bangsa’ dan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. Pepatah petitih Melayu menunjukkan, di mana bangsa itu, jiwanya ialah bahasa dan pertanda kepada sesuatu bangsa ialah nama. Nama atau jasa, itulah yang menjadi sebutan dan bahan sejarah. Mari kita lihat asal-usul Hang Tuah.
(gambar: Masjid tertua di Beijing, China)
Mula-mula kita lihat namanya…
Satu kajian dibuat dalam perbendaharaan Melayu, terutamanya dalam Kesultanan Melayu Melaka, tidak ada nama yang di awalnya sebutan ‘Hang’ pada nama-nama Melayu, seperti Hang Tuah dan 4 sahabatnya, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Tetapi ‘Hang’ pada nama-nama bangsa Cina, memang ada. Contohnya, yang bermula dari Hang, Tan dan Lee. Itupun bergantung kepada suku kaum asal mereka dari wilayah-wilayah tertentu dari negeri
Kenapa?
Menurut Mohd Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM (dalam kertaskerja bertajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan), gelaran-gelaran yang diberi hanyalah Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Syahbandar dan Mandulika. Tiadapun gelaran ‘Hang’!
Menurut buku ‘Sejarah Melayu’ (edisi W.G.Shellabear MPH Ltd S’pore), pemergian Tun Perpatih Putih utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China, telah membawa balik Puteri Hang Li Po bersama 500 dayang-dayang. Sultan Mansur Shah telah berkahwin dengan puteri tersebut (kahwin campur) dapat putera, diberi nama Paduka Mamat. Tidak pula diberi nama Paduka ‘Hang’ Mamat.
Biasanya nama-nama dalam loghat Cina mempunyai 3 sukukata. Hang Tuah dikaitkan dengan Hang Too Ah. Hang Jebat dari Hang Jee Fatt. Hang Lekir dari Hang Lee Ker dan Hang Lekiu dari Hang Lee Kiew. Bagaimana pula dengan Hang Kasturi yang mempunyai 4 sukukata?
Terdapat 2 andaian.
Kedua, memang nama sebenarnya Kasturi, tetapi ditambah ‘Hang’ oleh 4 rakankaribnya yang Cina itu, hingga menjadi sebutan kekal.
Ada lagi pendapat yang menarik, di mana dalam kertaskerja Ong Hak Ching dari Jabatan Sejarah UKM menyebutkan, Sultan Mansur Shah telah memberi tempat kediaman di Bukit Cina kepada Puteri Hang Li Po dan 500 dayang-dayangnya. Termasuk mereka yang belum Islam atau sudah Islam. Anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ yang bermakna ‘golongan yang dilindungi’.
Pada saya, mungkin dari sinilah lahirnya golongan ‘baba & nyonya Melaka’ yakni golongan Cina yang masih belum beragama Islam tetapi sudah berbudaya (berpakaian, bercakap, makan atau lain-lainnya) seperti orang Melayu, terdapat hingga ke hari ini di Melaka. Kerajaan waktu itu tidak memaksa mereka menganut agama pemerintah, menekan atau menghalau keluar dari negaranya sendiri seperti yang berlaku dalam kebanyakan negara-negara minoriti orang Islam hari ini.
Golongan seperti ini (yang belum Islam) dalam Negara Islam disebut ‘zimmi’, bermakna ‘yang dijamin’ (yakni dijamin keselamatannya oleh kerajaan Islam). Bagi golongan yang telah menganut agama Islam dan berbudaya Melayu waktu itu, mereka sudah tiada beza dengan orang Melayu dan larut dalam bangsa Melayu. Bukan itu sahaja, bahkan dalam budaya Melayu pun sudah diresapi pengaruh Cina. Umpamanya istiadat payung kuning di kalangan raja Melayu, gelaran ‘biduanda Cina’, hang, silat kuntau, ukiran pagoda di masjid-masjid Melaka dan sebagainya.
Di situlah perlunya Masjid Cina atau Pusat Kebudayaan Cina, untuk kembalikan balik budaya Cina di kalangan orang Cina yang beragama Islam, atau kepada orang Cina yang baru hendak masuk Islam. Mengikut Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang mempertahankan pembinaan Masjid Cina,
“… senibina pun adalah anugerah Allah hasil kreativiti manusia ciptaan-Nya. Justeru, ia perlu saling diraikan antara satu sama lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat. Inilah keindahan Islam. Lagipun, ia adalah alat dakwah yang membawa makna yang cukup besar.”
Begitupun, Masjid Cina bukan untuk orang Cina sahaja, seperti juga Masjid Melayu di Pulau Pinang dan Masjid India yang ada hampir di seluruh negara bukan digunakan oleh sesuatu bangsa sahaja. Jadi, ciri-ciri Masjid Cina perlu diluaskan perbincangannya. Konsep pembinaan dan peranaannya perlu diperjelaskan.
Seperti firman Allah SWT; ‘Wahai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling kenal-mengenal.’ (Hujurat: 13)
Tidak timbul soal perkauman seperti yang dicanang oleh golongan yang tidak mahu pembinaan Masjid Cina. Contohnya, di bandaraya Pulau Pinang sendiri pun sudah ada Masjid Melayu, Masjid Capitan Keling, Masjid Benggali dan Masjid
Berbalik kepada kertaskerja Ong Hak Ching lagi, terdapat 3 andaian hipotesis mengenai hal yang disebutkan tadi.
Kedua, Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew adalah keturunan Puteri Hang Li Po. (Semua nama-nama itu bermula dengan ‘Hang’.)
Ketiga, keempat-empat sahabat karib ini kemudiannya memeluk agama Islam, tetapi mengekalkan nama Cina mereka mengikut loghat Melayu.
Jadilah nama mereka seperti yang disebut dalam buku-buku sejarah Melayu sekarang, iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. (Kalau perkataan tuah, jebat dan kasturi ada maknanya dalam bahasa Melayu, bagaimana dengan makna lekir dan lekiu? Tandanya nama-nama ini bukan asal dari Melayu..)
Mengenai Hang Kasturi menurutnya terdapat percanggahan pendapat sejak dulu lagi. Siapa pula sebenarnya yang derhaka kepada Sultan Melaka? Pengarang ‘Sejarah Melayu’ mengatakan Hang Kasturi, sedangkan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ menyebutkan Hang Jebat.
Terdapat 3 andaian mengenainya.
Kedua, pengarang ‘Sejarah Melayu’ menggunakan bahan dalam penulisannya, hanya secara mengambil pendapat lisan, dan tiada suatu penulisan terperinci, yang luas dan menyeluruh.
Ketiga, pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ nampaknya lebih formal, kerana menggunakan semacam bentuk kajian hingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara detail.
Kesimpulannya, Hang Tuah adalah lagenda pahlawan Melayu. Ianya dijadikan simbol dan kemegahan Bangsa Melayu, walaupun sebenarnya beliau adalah orang Cina yang di ‘Melayu’kan. Begini asal usulnya menurut hipotesis itu…
Hang Tuah, adalah anakcucu kepada keturunan rombongan Puteri Hang Li Po berbangsa Cina, yang datang dari negeri
Nama asalnya ialah Hang Too Ah. Tetapi setelah memeluk Islam dan berkhidmat dengan Sultan Melaka, sebutan namanya ini telah bertukar menjadi Hang Tuah. Pengislaman Hang Tuah telah mempengaruhi rakan karibnya yang 3 lagi, iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew, yang juga akhirnya masuk Islam. Mereka pula bergaul rapat dengan Kasturi, rakan sebaya yang berbangsa Melayu. Sebagai tanda persahabatan yang abadi, Kasturi pun diberi gelaran ‘Hang’, menjadi Hang Kasturi.
Mereka berlima mulai terkenal di kalangan istana apabila mereka berjaya menyelamatkan Bendahara Negeri Melaka dari serangan orang mengamuk. Mereka terkenal dengan nama-nama Melayu, walaupun mereka berempat berasal dari anakcucu Hang Li Po berbangsa Cina. Disebabkan tiada bantahan apa-apa jika dilihat dalam sejarah, maka orang Melayu waktu itu dikatakan boleh menerima orang Cina seperti saudara sebangsa mereka.
Pernah Saudara Kamal Koh, seorang pemimpin PAS Wilayah Persekutuan berbangsa Cina bercerita kepada saya, di mana beliau dan kawan-kawannya (semuanya berbangsa Cina yang sertai PAS) pernah berjumpa seorang tokoh pembangkang Cina yang terkenal di
“Maaf saudara! Saya sudah terlambat. Kalau saya masih berumur seperti saudara-saudara, saya juga akan memeluk agama Islam seperti saudara. Saya berseru kepada genarasi muda Cina supaya memeluk agama Islam. Berusahalah saudara-saudara menarik mereka kepada Islam. Kerana amat sukar bagi orang Cina untuk menjadi pemimpin negara yang majoritinya orang Melayu, kecuali kalau ia beragama Islam.”
Seorang Cina Muslim akan mendapat sokongan bukan sahaja dari kalangan orang Cina, bahkan juga dari kalangan orang Melayu. Buktinya, tokoh-tokoh Cina dalam PAS yang masih muda juga boleh diterima sebagai pemimpin di kalangan orang Melayu dalam PAS. Begitu juga dalam parti yang perjuangkan kebangsaan Melayu seperti UMNO, mereka juga boleh menerima orang yang bukan Melayu tulen menjadi pemimpin utama mereka, kerana ia beragama Islam, masakan bagi orang Cina Muslim tidak boleh? Nak tukar agama memang boleh, tetapi nak tukar bangsa mana boleh?!
Pernah akhbar ‘Tras Pembangunan’ bil 1 Nov 1991 (mungkin sekarang dah takde) menyebutkan, dua tokoh sejarah dan pendidik keturunan Cina, Prof Dato’ Khoo Kay Kim dan Dr Tan Ooi Chin sepakat menyatakan di mana perkara ini adalah terlalu unik dan perlu kajian yang mendalam. Menurut mereka, kita sepatutnya menunggu hasil kajian pengkaji-pengkaji di
Saya nak tanya, nak tunggu sampai bila? Dah 16 tahun dari tarikh kenyataan tu? Apakah ada golongan yang
Kini ada pula pandangan dan kajian terbaru menyebutkan nama sebenar Hang Tuah adalah Tun Saaban, iaitu Sultan Iskandar Muda Thani, Sultan Acheh. Gelarannya di Siam (Ayuthia) disebut Narai. Lihat blog, ‘sejarahnagarakedah.blogspot.com.’
Apakah langkah-langkah yang patut diambil untuk mewujudkan sebuah Masjid Cina di Malaysia?
Kalau mereka adalah orang dalam kerajaan, mereka mesti main peranan dari dalam. Pertubuhan-pertubuhan bebas, NGO-NGO, atau pertubuhan-pertubuhan Cina Muslim, pertubuhan-pertubuhan Islam hatta pertubuhan politik pun perlu turut campur. PAS juga patut memain peranan seperti dalam tulisan saya, ‘Pilihanraya Kecil Ijok: Mampukah PAS Perintaah
Jadi, tidak semestinya Masjid Cina itu dibina dan diusahakan oleh orang Cina (seperti pertanyaan dalam tulisan ‘Masjid Cina: Hang Too Ah & Misteri Masjid Tak Siap’ yang lepas)… Kalau betul Hang Tuah orang Cina itu boleh di ‘Melayukan’, takkanlah masjid-masjid unsur kecinaan di Melaka itu tidak boleh di ‘Masjid Cina’kan???
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com)

16 comments:
Saya sebenarnya memang meragui dari dahulu lagi mengenai asal-usul bangsa Mealyu ini. Kalau diikutkan daripada teks Sejarah Melayu, ia tidak lain dan tak bukan hanyalah karya sastera klasik yang tak berkait langsung tentang asal-usul orang Melayu. Sumber-sumber dari orientalis pula kebanyakannya lebih kepada penipuan penjajah. Mungkin saudara pernah mendengar - " Sejarah dicipta oleh mereka yang berkuasa ". Maka yang berkuasa pada masa itu adalah golongan orientalis yang menjajah Tanah Melayu ini. Atas kuasa merekalah juga yang menggubah asal nyata bangsa Melayu ini mengikut acuan mereka, menjadi fakta yang sukar diterima akal kita, tapi dipercayai kebenarannya. Serupalah juga mereka menggubah kitab Bible pegangan mereka mengikut acuan mereka sendiri. Satu kajian terperinci patut sudah dimulakan mengenai Sejarah bangsa Melayu ini yang sebenarnya amat sukar dikesan dari segi rupa paras bangsa melayu ini sendir (kerana sudah bercampur dengan bangsa lain - masih relevan ke lagi kata-kata hikmat Hang Tuah " Takkan Melayu Hilang Didunia?"
mmg sah....melayu lah yg akan jatuhkan melayu sendiri. Thank you for highlighting this. Semakin rendah la martabat & maruah melayu kita.
Just for the sake of argument. Do u know that the chinese ppl is one of the oldest race of the world? Their civilization is one of the 1st in the world as well & did you also know that there are chinese in every county of the world? Would it not surprise you that 70% of the world originates from china?
If pentingkan kan sgt keaslian & origins of ppl... then why arent America ruled by the native red-indians? Why arent australia ruled by the aborogines?
What about palestine? Are you saying its right for the israelites to rule the country based on origins? So what r u saying now? So that the malays are actually chinese? Hmmmm then i wonder why we cant converse in chinese? It should be simple enough as it should be our mother-tongue? Even if Hang Tuah is not a malay, do you think malaya is build around him? Pls dont corrupt the minds by your rhetorical ideals. It is bad enough now that the malays are in the brink of civil war. (of words)
Saya tertarik dengan pandangan Dr Mohd Hasyim ini..
Suatu kupasan yang berani ke arah penghapusan maruah bangsa Melayu. Kalau begitu erti 'maruah' pun perlu ditukar sudut pandangannya, tidak boleh dilihat dari sudut perkauman sempit.
Dr Muttaqin
Padang, Indonesia.
Assalamualaikum
bagi aku lah....sejauh mane pun kajian yg cube membuktikan Hang Tuah berasal dari kaum Cina n bukan Melayu tulen..lantaklah...yg penting selagi akal fikiranku menerima yg Hang Tuah sebagai Pahlawan Terunggul Melayu...itu sudah cukup...pasal masjid lak...kenape mesti ade Masjid Cina sedangkan masjid2 di Malaysia nie pun bukan masjid Melayu...Masjid Islam milik Allah S.W.T...kalu betul2 kaum muslim berbangsa selain Melayu nak beribadat...secara ikhlasnya kerana Allah S.W.T...nape mesti memilih masjid? tgk mane surau, madrasah or masjid terdekat....solat di situ..x jadi masalah pun....
Pasal kata2 Hang Tuah, "Takkan Melayu Hilang di Dunia"..itulah kata2 yg akanku PEGANG seumur hidup...kalu stakat keturunan je Melayu tp jiwa Melayu tu dah lenyap x guna...jadi ape yg penting dlm kata2 Hang Tuah tu adalah jiwa Melayu yg kukuh...kesetiaan pada Raja & Sultan yg tiada tandingan, ketaatan kepada Agama Islam dan Bangsa...itu yg kebanyakkannyer dah xder skang nie...but jgn ambil remeh coz masih ada di antara kita yg masih berpegang teguh kpd kekuatan Melayu...itu yg mengekalkan "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"...
"PEACE"
Assalamualaikum
Salam,
cuba lihat kupasan yang menarik tentang hang tuah di blog http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/search?updated-min=2007-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2008-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=50
wallahualam..
Siapa kata cuma ada 5 Hang sahaja dalam Sejarah Melayu? Ada 9 Hang kalau tidak silap yang menjadi kawan2 Hang Tuah dalam Sejarah Melayu/Sulalatus Salatin. Mengikut pengamal ilmu persilatan Melayu, Hang Tuah bukan nama sebenar. Begitu juga Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Qarin mereka pernah diseru (secara menurun) dan pernah ditanyakan perihal hal-ehwal mereka. Satu sumber daripada pengamal kebatinan Melayu berkata Tuah dan Jebat adalah Melayu Bugis yang berasal dari tanah Riau. Kasturi adalah seorang India Muslim (mamak) manakala Lekir dan Lekiu adalah berdarah Cina(Cina Islam). Nama sebenar Tuah ialah Daeng Yahya, manakala Jebat pula ialah Daeng Ibrahim. Nama sebenar Kasturi pula ialah Abdul Rahman. Wallahualam.
cuba lawat blog ini baru diterbitkan jan 2010
http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com
cerita dan gambar hang tuah etc
The Malay Race is a fiction!
There is no real Malay, they are either Bugis, Achenese, Javanese, Minang, Batak or Orang Asli...
Worst some have Arab, Thai, Chinese, Pakistani & maybe even Israeli blood!
Can anyone proof to me that Mahatir is a Bloody MALAY and not a keling or mamak from India!
Ask all the clever historians what blood lines did all the previous PM's have from the first, till the current BUGIS fat arse NOW!
Come on folks Malays are so indifferent, there are scared that their identity is nullified
...check your DNA and see what roots you have, maybe even some are KUNTA KINTE lineage and are real ( BLACK AFRICANS)
WALK AROUND TOWN AND SEE, SOME MALAYS THAT ARE REAL DARK, BLACK AND HAVE SHORT & CURLY HAIRS ON THEIR HEADS, JUST WONDER HOW COME THEY LOOK LIKE THAT AND CALL THEMSELVES "MELAYU" !
I am sure we Malaysians are all CONSIDERED one race the "HUMAN RACE", OTHERWISE FORGET ABOUT IT AND GO BACK TO MARS, JUPITER OR SATURN!
SO TO ME: "MELAYU AKAN HILANG DARI DUNIA INI JIKA MEREKA MASIH TERUSKAN MENJADI BODOH DAN TERUS MENJADI SOMBONG" !
HAVE A GOOD DAY ! Specially dedicated to all the Melayus....
Bangsa apa pun..tak ada keistimewaan..kecuali masuk Islam...then baru selamat dunia dan akhirat.
Melayu merujuk kepada "bangsa yang tinggal di gugusan kepulauan Melayu, walaupun org itu kaum keturunan Jawa, Cina dan sebagainya.. asalkan mereka mengamalkan cara hidup org Melayu, mereka ialah Melayu".
Walaupun Hang Tuah berketurunan kaum Cina sekalipun, beliau seorang nationalis yg sayangkan tanah Melayu sebagai bangsa Melayu.
Definisi Melayu sebagai "bangsa" pada 500 tahun dahulu tidak sama dengan definisi Melayu pada zaman sekarang yg merujuk kepada salah satu kaum keturunan daripada 3 kaum utama yg membentuk "bangsa Malaysia" di "negara Malaysia".
500 tahun dulu yg wujud ialah satu Tanah Melayu, satu kerajaan Melayu (=Islam) Melaka dan satu bangsa Melayu tak kira apa kaum sekalipun.
tulisan lanjut di:
con-skaltsas.blogspot.com
Buat serabut kepale otak korang je... Ape yg aku tau,aku melayu jawa.. keturunan Melayu ni meluas dan pelbagai... Bagi aku,asalkan aku islam sudah syukur ya allah... Penyelesain utk sume ni adalah... Kite sama2 saksikan di padang masyar nanti...:-)
Cube la ko kaji tentang iluminati(dajal)..kite di era dorng ni.. Kasi bukak skit hati2 buta korng tu.. Wasalam
Cube bce pndapat aku ni,5 pahlawan tu trdiri dri bangsa melayu,cina,dan india... Cntohnye tuah dn jebat.. asal ko nk kaitkn hang too ah pulak..o0 psal nme mmb de bunyi cine ko pun petik la die cina... Dah terang2 nme sebutanye melayu..so confirm la die orng melayu.. Dan hang kasturi pulak,ko takleh nk translate nme die dlm ayat cina,then ko ckp la die orng melayu plak,cme dberi glaran hang..cmtu? So klo cmtu ada kmungkinan gelarn 'hang' juga dberi kpde tuah dan jebat.. Bg hang lee ker dn lee kiu,ha yg ni dorng ni mmg cina..mgkin dua ni nk kuatkn lg prlindungn kpde putri hang li po..so die cri la mmb2 kt tanah melayu yg kuat.. pastu jmpe la tuah,jebat dan kasturi,dan sbb tu la tuah,jebat dn kasturi dberi gelaran 'hang' coz jge putri cina la ktekan... Then klo dorng leh pkai gelarn cina..asal lee kiew dn lee ker tak leh tuka nme plak..? Tak fair la kan.?mamat cine ni pun tuka la nme jgak,so jdi la lekir dan leqiu.. Mugkin mengarut fakta aku ni,tp cbe fikirkan..disebabkan 'hang' korng sume jadi 'hang'(stuck)...
Wasalam..
stop blaming others.. ini cuma kajian.. we should respect.. dan jika kita mempunyai bukta lain yang kukuh. ketengahkan untuk perbincangan bersama..
thanks for the issue..
sangat bagus untuk diselidiki lebih lagi..
Sabda rasulullah saw:"Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).
Rasulullah saw bersabda:"Barangsiapa melihat pada diri pemimpinnya ada sesuatu yang ia benci hendaknya ia bersabar, sebab siapa yang memisahkan diri dari Jama'ah walau sejengkal kemudian dia mati, maka matinya seperti mati Jahiliyyah." – shahih muslim 3428
Sesungguhnya pergorbanan Hang Tuah dikenang hingga ke akhir zaman....pergorbanan Hang Tuah menjadikan Melaka kembali menjadi kerajaan yang utuh di bawah pimpinan sultan yang berdaulat...bayangkan sekirannya Tuah memberontak...apa akan terjadi pada empayar Islam Melaka yang punyai jajahan merata nusantara? Apakah nasib rakyat nusantara yang melihat keruntuhan empayar Islam Melaka? Apakah nasib agama Islam sekirannya orang Islam berpecah belah?
komando_"The Malay Race is a fiction!
There is no real Malay, they are either Bugis, Achenese, Javanese, Minang, Batak or Orang Asli..."
Answer: why r u so stupid..malays are universal..be it Bugis, Achenese, javanese, etc, they are all malays, understand?
"Worst some have Arab, Thai, Chinese, Pakistani & maybe even Israeli blood!"
Answer: whats wrong with that? we are proud to have so may lines of blood. even the englishman has anglo-saxon, nordish, franks etc.?
"Can anyone proof to me that Mahatir is a Bloody MALAY and not a keling or mamak from India!"
Answer: whats wrong with mahathir having indian blood, and malay. doesnt have to proof that, his mother is a malay..!
"Ask all the clever historians what blood lines did all the previous PM's have from the first, till the current BUGIS fat arse NOW!"
Answer: mind you, my stupid friend, bugis is only ethnic group..like han and manchu! understand?
"Come on folks Malays are so indifferent, there are scared that their identity is nullified
...check your DNA and see what roots you have, maybe even some are KUNTA KINTE lineage and are real ( BLACK AFRICANS)"
Answer: indifferent?? no, we are proud that the malay race..has been around the world long time before your race did!. whats wrong with kunta kinte? are your race bloody racist??
"WALK AROUND TOWN AND SEE, SOME MALAYS THAT ARE REAL DARK, BLACK AND HAVE SHORT & CURLY HAIRS ON THEIR HEADS, JUST WONDER HOW COME THEY LOOK LIKE THAT AND CALL THEMSELVES "MELAYU" !"
Answer: are you jealous, they want to call themselves malay? if they speak malay and follow the malay custom, can you call them chinese?
"that
I am sure we Malaysians are all CONSIDERED one race the "HUMAN RACE", OTHERWISE FORGET ABOUT IT AND GO BACK TO MARS, JUPITER OR SATURN!"
Answer: tell that to the chinese government to treat uighurs and other ethnic non han as chinese..!
and you can also tell that to obama, that we are one race..otherwise, you go to hell!
"SO TO ME: "MELAYU AKAN HILANG DARI DUNIA INI JIKA MEREKA MASIH TERUSKAN MENJADI BODOH DAN TERUS MENJADI SOMBONG" !"
Answer: pa pasat ciakap itu maciam? kita sombong ka, lu? melayu tak boleh hilang maa, kita universal..
"HAVE A GOOD DAY ! Specially dedicated to all the Melayus...."
Answer: good day to you too..ultra-kiasu
Anon_"Satu sumber daripada pengamal kebatinan Melayu berkata Tuah dan Jebat adalah Melayu Bugis yang berasal dari tanah Riau. Kasturi adalah seorang India Muslim (mamak) manakala Lekir dan Lekiu adalah berdarah Cina(Cina Islam)."
HAHAHAH, satu Malaysia..
Semua ni timbul, sebab 'Hang'.
Dalam sejarah melayu, banyak lagi nama 'hang', cina ke semua tu ?. jadi, yang perempuan pulak, banyak nama 'Dang'. cina ka?
mesti tak ngaku, sebab nama 'dang' tak gah macam 'Hang'.
Macam kata azli Iskandar, banyak fakta di ubah, macam bible.. sepatutnya, kata terakhir Hang Tuah, adalah "Takan Hilang Cina di Dunia"...haiyaaa..
Post a Comment