Thursday, November 24, 2022

Teruskan membangun! K'tan belanjawan 2023. Sanusi p'raya serentak.

 

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob hari ini membentangkan belanjawan bertemakan 'Kelantan Maju Rakyat Sejahtera'. - Fail BERNAMA

1. Kelantan bentang Belanjawan 2023, defisit RM165.31 juta


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini membentangkan Belanjawan 2023 dengan unjuran defisit lebih tinggi iaitu RM165.31 juta.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob ketika membentangkan belanjawan bertemakan 'Kelantan Maju Rakyat Sejahtera' berkata jumlah defisit tersebut meningkat sebanyak RM74.81 juta berbanding Belanjawan 2022 sebanyak RM90.49 juta.
"Walaupun setiap tahun belanjawan negeri mencatat defisit namun untuk tempoh lima tahun berturut-turut, kerajaan negeri telah mencatatkan perbelanjaan sebenar yang surplus (lebihan).
"Prestasi kewangan kerajaan negeri bagi 2022 juga dijangka kekal cemerlang dan berdaya tahan," katanya ketika membentangkan belanjawan itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Ahmad berkata Belanjawan 2023 memperuntukkan sejumlah RM1.62 bilion bagi membangunkan ekonomi secara inklusif meliputi segenap lapisan rakyat yang menjurus kepada enam terasiaitu Kewangan Teguh dan Lestari, Cakna Rakyat, Kebajikan, Memakmurkan Ekonomi, Galakan Pelancongan dan Pembangunan Modal Insan.
"Jumlah belanjawan 2023 ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM112.53 juta (7.45 peratus) berbanding belanjawan 2022 yang hanya memperuntukkan RM1.51 bilion.
"Kerajaan negeri mencadangkan belanjawan ini menyediakan peruntukkan berjumlah RM1.15 bilion bagi perbelanjaan mengurus manakala sejumlah RM474.61 juta diperuntukkan kepada perbelanjaan pembangunan.
Beliau berkata bagi memastikan kewangan kerajaan negeri kekal utuh dan lestari, belanjawan 2023 menganggarkan jumlah kutipan hasil sebanyak RM983.14 juta.
Katanya, belanjawan 2023 menjangkakan terimaan hasil daripada agensi kerajaan masih lagi menjadi penyumbang terbesar hasil kerajaan dengan menyumbang sebanyak RM390.7 juta (39.74 peratus), disusuli jumlah kutipan hasil tanah sebanyak RM356.28 juta (36.24 peratus) dan terimaan lain-lain berjumlah RM91.7 juta (9.33 peratus) daripada keseluruhan jumlah hasil.
Sementara itu, Ahmad berkata nilai dan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi negeri itu pada 2021 adalah pada RM25.8 bilion iaitu meningkat sebanyak 2.4 peratus berbanding negatif 1.2 peratus pada 2020 pada nilai RM25.2 bilion.
"Pada 2022 dan 2023, KDNK Kelantan dijangka terus mengukuh dan turut berkembang secara positif selari dengan unjuran perkembangan ekonomi negara," katanya.
Persidangan DUN bersambung Ahad ini.
-- BERNAMA
2. Pasca PRU15: Sanusi setuju bincang pilihan raya serentak di enam negeri 
Menurut Sanusi, cadangan berkenaan akanmemudahkan proses pilihan raya dijalankan termasuk pergerakan pengundi luar untuk pulang mengundi selain kos yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).- Fail
KULIM: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa pihak kerajaan negeri bersetuju untuk mengadakan perbincangan bersama pimpinan lima negeri lain untuk mengadakan pilihan raya negeri secara serentak.
Menurutnya, cadangan berkenaan akan memudahkan proses pilihan raya dijalankan termasuk pergerakan pengundi luar untuk pulang mengundi selain kos yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bagaimanapun, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat menyatakan bahawa negeri-negeri yang dipimpin Pas perlu mendapatkan persetujuan Pas Pusat.
"Pada asasnya saya bersetuju, walau bagaimanapun (ia) kena bawa kepada pertimbangan pihak parti, kalau Pas Pusat setuju, saya tidak ada masalah, bagi pihak negeri, pilihan raya bersama lebih baik untuk bagi peluang kepada semua (anak perantau untuk) balik, dan cuti (diberikan) serentak.
"Persiapan parti bertanding pun boleh fokus kepada negeri masing-masing, kalau satu negeri sahaja buat (pilihan raya) nanti banyak pulak cuti, petugas parti kena cuti, kalau serentak boleh fokus tempat masing-masing (ia akan) jadi macam PRU balik, kalau (laksana serentak di) enam negeri.
"Kalau satu negeri (sahaja diadakan pilihan raya), orang Kedah kata 'pakat pi kerumun' di situ, tentu (akan) jadi kelam kabut," katanya.
Sanusi berkata demikian ketika ditemui media selepas mengiringi calon PN bagi Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di sini hari ini.
Semalam, Kerajaan Pulau Pinang terbuka untuk berbincang dengan Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh dibubarkan serentak, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan bersama.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, mengikut perlembagaan, DUN Pulau Pinang akan tamat pada 2 Ogos 2023 dan PRN perlu diadakan dalam 60 hari selepas itu. (AA)
Komen Weblog Ibnu HasyimTeruskan membangun! K'tan belanjawan 2023. Sanusi p'raya serentak.
Ya, perjuangan diteruskan dengan membangun bersama Islam. Bagi negeri-negeri yang tidak mahu membangun bersama Islam, terserah. Membangunlah mereka bersama sosialis, komunis atau kapitalis.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

5 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah akar umbi akan benam UMNO, jom ramai2 pakat pangkah calon PN!!

Anonymous said...

Selepas mengadap YDP Agong, sudah terbukti, para MP Umno menolak PN, maka setiap rakyat negara ini khususnya melayu/bumiputera perlu mempertikai perjuangan parti UMNO, yang bermisi demi Agama Bangsa dan Tanah Air (ABATA).

NO ANWAR NO DAP ada baiknya PN jadi pembangkang memenuhi prinsip, tidak seperti UMNO.

Pendirian PN akan memberi kesan baik untuk jangka panjang bagi orang Melayu.

Anonymous said...

Bila nak tangkap Zety Taufik Ayman dan Jho Low... siapa dan bila nak ziarah Tun Mahathir yang dikatakan sudah 'demam'..!?

Anak mat lela said...

Aku nak lihat anwar tadbir malaya ni..adakah sungguh bagai dikata olehnya. 25/11/22 kamu semua boleh berbelanja sakan sebab semua barang dah turun harga. Jangan cuba bersilat lidah cuba menipu rakyaat. Yang paling hina ialah parti UmNoo, lain diucap..lain dibuat. Wahai ahli UmNoo yang baghral dan bahlol...masih lagi ke kamu yakin dengan presiden pembohong dan penipu tu!!!!!

Al capoun said...

Presiden PN dah tunjuk bukti jumlah sokongan ahli parlimen...tapi PH sampai kesudah tak tunjuk bukti jumlah sokongan ahli parlimen. Kami mengundi beri mandat kepada ahli parlimen untuk lantik PM, bukan beri mandat kepada presiden parti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails