Tuesday, November 22, 2022

PN hantar senarai sokongan. DAP kerjasama PH-BN bentuk kerajaan.



PN mengatakan sudah menghantar senarai Ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri. - Foto hiasan NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

1.PN sudah hantar senarai sokongan sebelum 2 petang tadi

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim patut mempersembah senarai Ahli Parlimen yang menyokong beliau kepada Istana Negara lebih awal daripada Perikatan Nasional (PN).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak percaya dakwaan Anwar memiliki sokongan majoriti 112 Ahli Parlimen, untuk dicalonkan sebagai perdana menteri dan cuba mengelirukan rakyat.

Sumber dalam kepimpinan PN berkata, PN sudah menghantar senarai sokongan kepada Muhyiddin sebelum tamat tempoh seperti yang diminta oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, 2 petang tadi.

"Selepas itu, ada pihak minta masa untuk menyiapkan senarai. Tempoh itu dilanjutkan sehingga esok (Selasa)," katanya kepada BH Online.

Beliau berkata, Muhyiddin ada mendapat permohonan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berjumpa, namun oleh kerana kekangan masa, perjumpaan itu tidak dapat diadakan.

Ditanya mengenai kemelut dalam UMNO, beliau berkata, kepimpinan UMNO di peringkat bahagian wajar bersuara jika presiden melanggar peraturan parti atau ketetapan Perhimpunan Agung UMNO.

"Apa yang mereka takutkan. Presiden mereka secara terang melanggar persetujuan hala tuju parti yang dibuat ketika Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. Jika ada yang hendak dipecat, presiden merekalah yang sepatutnya dipecat.

"Mereka harus bersuara di semua peringkat bukan hanya satu atau dua pemimpin sahaja," katanya.

Ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing yang berkata, semua Ahli Parlimen GPS akan membuat analisis dan berbincang semua dalam kalangan mereka berhubung calon perdana menteri, beliau menjelaskan, perkara itu sudah diselesaikan dan dijelaskan secara dalaman.

Sebelum ini, King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg akan membuat keputusan berlandaskan analisis itu.

Abang Johari sebelum ini menyatakan GPS bersetuju menyertai kerajaan gabungan bersama PN dan Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dan menamakan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri. (BH)

Muhyiddin tidak percaya Anwar memilik sokongan majoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri. - Foto hiasan NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI


2. PRU15: DAP akur kerjasama PH-BN bentuk kerajaan - Guan Eng 

GEORGE TOWN: DAP akur dan memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) berhubung keputusan menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan.
Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata, pendirian DAP adalah sejajar dengan kepimpinan tertinggi PH. Katanya keputusan itu juga telah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).
"Kita sebagai Pakatan Harapan, kalau PH ada (buat keputusan) gabungan untuk bersama BN kita akan bersamalah... kita akan ikut keputusan PH bergabung dengan BN.
"Saya tidak mahu bercakap lebih daripada itu, itu adalah keputusan yang kita ambil bersama dalam mesyuarat tertinggi (CEC) dan terpulang kepada kepimpinan tertinggi PH, kita sokong keputusan dibuat,” katanya ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada sudah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi PH berhubung cadangan tersebut.
Rundingan bentuk kerajaan: BN minta sedikit tempoh - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan tertinggi pakatan itu hari ini mengadakan pertemuan bersama pemimpin tertinggi BN diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan berhubung pembentukan kerajaan.
Sementara itu Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, beliau tidak menghadiri mesyuarat CEC semalam dan tidak mempunyai makluman jelas berhubung perkara itu.
Namun katanya, apa sahaja keputusan berhubung pembentukan kerajaan adalah tertakluk kepada keputusan parti. (AA)
Sekian (IH)

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Umno menuju kehancuran jika bersama dengan dap, menurut anuar musa.

Mungkin benar kerana sejak pas meninggalkan pakatan rakyat, pas semakin berada di hati rakyat.

Anonymous said...

Tahniah kepada umno perak kerana menang bergaya bersama dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails