Friday, November 25, 2022

Hina azan -Baru BN-DAP ambil Perak. A/Hadi-hikmah?

 



1. Baharu BN-DAP ambil alih Perak dah ada kes menghina azan

Manjung: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan membabitkan kes penghinaan terhadap laungan azan di sebuah masjid di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Polis (ACP) Nor Omar Sappi, berkata pihaknya menerima satu laporan polis pada jam 5.45 petang semalam.

Menurut Nor Omar, pihak polis kini menyiasat pemilik akaun Facebook dikenali sebagai 'Jacky Chan' yang memuat naik ciapan terbabit.

"Hantaran terbabit menyentuh sensitiviti dan kebebasan mengamalkan ajaran agama Islam. Perbuatan ini boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. (1Media.My)


2. Segala yang berlaku pasti ada hikmah – Hadi  


KUALA LUMPUR  Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang percaya apa yang berlaku dalam proses pembentukan kerajaan Persekutuan hari ini pasti ada hikmahnya.

Menerusi hantaram di laman Facebook miliknya, beliau berkata, apa yang penting, jujur kepada rakyat, bersabar dan tetap istiqamah.

“Terima kasih kepada rakyat atas sokongan tidak berbelah bahagi. Kita telah berusaha sedaya upaya. Seterusnya Perdana Menteri perlu membuktikan sokongan sebenar yang diterima.

“Kepada rakyat, kami akan terus berkhidmat. Kepada negara, kami akan terus berbakti,” tulisnya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Istiadat angkat sumpah berkenaan diadakan selepas Seri Paduka memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu yang berkenan berangkat menghadiri Perbincangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Negara pagi tadi bagi membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat, lima hari selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Buat pertama kali dalam sejarah negara, keputusan pilihan raya umum berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan parti politik mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Persekutuan.

Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan adalah 112 kerusi.

PRU15 pada 19 Nov menyaksikan keputusan PH memperoleh 82 kerusi; PN 73 kerusi; BN (30); GPS (23); Gabungan Rakyat Sabah (enam); Warisan (tiga); Bebas (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing menang satu kerusi.

Menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar parti dan gabungan politik mempertimbangkan penubuhan kerajaan perpaduan bagi mengakhiri kemelut pembentukan kerajaan pasca-PRU15, akhirnya hasil rundingan antara parti bersetuju dan menyokong pembentukan kerajaan perpaduan yang diterajui Anwar. – MalaysiaGazette


Komen Weblog Ibnu HasyimHina azan -Baru BN-DAP ambil Perak.  A/Hadi-hikmah?

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang percaya apa yang berlaku dalam proses pembentukan kerajaan Persekutuan hari ini pasti ada hikmahnya.

Menerusi hantaram di laman Facebook miliknya, beliau berkata, apa yang penting, jujur kepada rakyat, bersabar dan tetap istiqamah.

“Terima kasih kepada rakyat atas sokongan tidak berbelah bahagi. Kita telah berusaha sedaya upaya. Seterusnya Perdana Menteri perlu membuktikan sokongan sebenar yang diterima." Kata beliau.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anak mat lela said...

Dahulu dikatakan PAS parti pelacur...nah sekarang terserlah parti mana sebenarnya parti pelacur????UmNoo kurang ajar dan menipu melayu serta ahlinya sendiri. Itulah akibatnya melantik munafik jadi ketua.

Anonymous said...

Ini parti kuat kencing juga. Banyak kali pas kena kencing. Terbaru akar umbi pulak kena kencing. Langgak resolusi pau.

Anonymous said...

Baru dilantik jadi PM dah mula ajak parti lain join dia. Dah ada rasa hayat tak panjang ke????atau takut undi tak percaya dekat dewan rakyat. Kerajaan kamu ni ibarat telur dihujung tanduk...bila-bila boleh jatuh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails