Wednesday, June 29, 2022

Hebat menteri kreatif ini, wakaf air RM1juta, bukan untuk Islam saja..

 

Lebih RM1 juta telah dibelanja untuk projek Wakaf Air

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM1,095,228.98 telah dibelanjakan untuk projek Wakaf Air sehingga 19 Jun lalu di seluruh negara, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, projek berkenaan bermula pada bulan Disember 2020.

Katanya, usaha yang dirintis itu adalah untuk membiayai projek perkhidmatan air berskala kecil khususnya terletak di kawasan luar bandar, kawasan penduduk yang tidak mempunyai sistem perpaipan awam,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 27 projek telah berjaya disiapkan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menambah, Wakaf Air bukan hanya untuk manfaat orang Islam sahaja bahkan untuk orang bukan Islam juga.

“Bukan hanya di Semenanjung sahaja, bahkan di Sabah dan Sarawak dengan nilai ambang projek dinaikkan kepada RM75,000 setiap satu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat kawasan penduduk yang memerlukan bantuan seperti pembelian pam air, pemasangan paip, penggalian perigi, penyambungan paip ke rumah, penyediaan tangki simpanan air, penyenggaraan paip dan penyenggaraan tangki septik supaya menghantarkan maklumat lokasi dan maklumat individu yang boleh dihubungi kepada Unit Wakaf Air, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di emel uwa@kasa.gov.my

“Terima kasih kepada para pewakaf. Insya-Allah, semoga Allah menerima projek ini dan memberikan ganjaran pahala yang luas,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 29/6/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hebat menteri kreatif ini, wakaf air RM1juta lebih dari orang Islam, diwujudkan bukan untuk orang Islam saja, tetapi untuk semua rakyat Malaysia termasuk Sabah Sarawak, tidak kira agama dan kaum, demi rakyat termiskin.

Kepada pengampu-pengampu DAP, sila tunjukkan kreatifnya pemimpin-pemimpin kamu yang ada,  seperti hebatnya pemimpin PAS itu, dalam memprihatin rakyat miskin. Membela pemimpin korperat keparat tertuduh perasuah memang ada. Cis!

Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails