Friday, July 01, 2022

M'sia sambut Aidil Aidiladha 10 Julai. India masih tegang hina Nabi..

 


1. Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 10 Julai

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 10 Julai ini (Ahad), menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan 1 Zulhijah 1443 Hijrah ialah pada Jumaat, 1 Julai 2022 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 10 Julai 2022,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini. – BERNAMA

2. Sekat perkhidmatan internet bagi mengelak tercetusnya keganasan agama

Anggota polis melakukan perarakan bendera melalui jalan di Ajmer hari ini berikutan dakwaan pembunuhan seorang tukang jahit Hindu oleh dua lelaki Islam di Udaipur. - Foto AFP

MUMBAI: Polis di negeri Rajasthan, India melarang perhimpunan awam dan menyekat perkhidmatan internet selama sehari bagi mengelakkan tercetusnya keganasan agama.

Tindakan itu dibuat polis selepas dua individu beragama Islam menyiarkan video yang mendakwa bertanggungjawab membunuh seorang lelaki Hindu.

Seorang pegawai kanan polis di negeri barat laut itu, Hawa Singh Ghumaria, berkata perbuatan jenayah itu menyebabkan gelombang yang mengejutkan ke seluruh negara.

"Kami berada di bawah arahan tegas untuk menghalang sebarang bentuk protes atau demonstrasi yang dirancang untuk mengutuk pembunuhan itu," katanya kepada Reuters.

Melalui video yang disiarkan itu, dua lelaki yang memegang pisau pemotong daging, menyatakan mereka membalas dendam terhadap mangsa atas penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Mereka juga merujuk kepada Nupur Sharma, bekas jurucakap parti pemerintah nasionalis Hindu Bharatiya Janata Party (BJP), yang kenyataannya mengenai Nabi Muhammad awal bulan ini sehingga mencetuskan kemarahan dalam dan luar negara.

Ghumaria menyifatkan serangan berdarah ke atas Kanhaiya Lal di kedai jahit di bandar Udaipur sebagai tindakan keganasan, dan dua suspek kini sedang disoal siasat oleh penyiasat persekutuan.

Menurut seorang pentadbir bandar di Udaipur, Bhawarral Thoda, dua penyerang mengelar kepala dan tekak Lal dalam serangan semasa mangsa mengambil ukuran.

Thoda berkata, tukang jahit itu sudah ditahan atas muat naik di media sosial atas sokongan kepada jurucakap BJP yang dikesan melalui telefon bimbitnya.

Selepas dibebaskan, Lal memberitahu polis pada 15 Jun lalu bahawa dia diancam oleh beberapa kumpulan.

Pihak berkuasa berkata, mereka sudah menyekat perkhidmatan internet di beberapa bahagian Rajasthan untuk menghalang penyebaran video yang dikongsi suspek.

"Suasananya tegang dan hampir semua kedai tutup hari ini," kata Thoda.

Bandar dengan kira-kira setengah juta penduduk ini adalah salah satu tarikan pelancong utama di negeri padang pasir itu dan terkenal dengan hotel mewahnya, termasuk Taj Lake Palace yang terkenal. - REUTERS

Penunjuk perasaan bertempur dengan polis semasa protes menuntut penahanan anggota Parti Bharatiya Janata (BJP), Nupur Sharma kerana komennya mengenai Nabi Muhammad SAW, di Prayagraj, India. - Foto REUTERS

Penunjuk perasaan membawa sepanduk dan melaungkan slogan di Mumbai, India menuntut anggota parti Bharatiya Janata (BJP) ditahan dan didakwa kerana membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW. - Foto REUTERS

Hibur Hibur Sikit: Singapura Melayu punya..

Nona Singapura - R.Azmi


A. Ramlie & The Click 4 ~Ole Ole Temasik~. 11,520 views • Feb 8, 2011 • Ole Ole Temasik … Show more. Show more ...
YouTube · nasri kelan · 9 Feb 2011

Ini adalah lagu J Rukimin yang popular pada zaman gemilang pop yeh yeh. Semoga terhibur.
YouTube · MrJohanAmir · 28 Jun 2009


Joe Flizzow - Sampai Jadi (Official Music Video) ft. ALYPH. SonyMusicKartelVEVO. SonyMusicKartelVEVO. •. 15M views 4 years ago ...
YouTube · Universal Music Malaysia · 26 Jun 2015
Too Phat (Joe Flizzow) - Nasty Girl ... i own nothing. dont forget to comment n sub ya :) Music.
YouTube · autojames50 · 24 Apr 2011


 Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

IMF vs BRICS selepas Covit19 : Iran dan Argentina anggota baru BRICS. Malaysia bila lagi..!?

Memacu Pemulihan Ekonomi Global. Malaysia wajib sertai Pakatan BRICS.

Selamat tinggal Dollar America. Bila US Dollar jadi kertas tisu USA bangkrupt dalam masa 24 jam...!

Bank Pembangunan Baru telah ditubuhkan pada 2015 dengan modal permulaan $50 bilion oleh negara BRICS -- Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan - sebagai pengimbang kepada Tabung Kewangan Antarabangsa. (IMF)

BRICS dan Projek Wang Digital: Alternatif kepada US Dollar, Gelombang Baharu dalam Sistem Pembayaran Antarabangsa? BRICS New Development Bank memberi tumpuan kepada mata wang di luar Dolar AS sebagai mata wang utama. Tiada lagi US Dollar..!!

Rusia mula membangunkan sistem pembayaran nasional sebagai alternatif kepada perkhidmatan pemesejan kod kewangan SWIFT yang berpangkalan di Belgium pada 2014 selepas sekatan Barat dikenakan ke atas Moscow.

https://youtu.be/_0qpBgq6_ak

BRICS use New Monotary System Finance

Sidang kemuncak BRICS di China mungkin merupakan sidang kemuncak G-8 yang terakhir seumpamanya. Anda tidak akan pernah meneka (berkat keangkuhan yang berpanjangan dan keegoan Barat), tetapi China juga menjadi tuan rumah kepada ketua-ketua kerajaan negara-negara membangun yang dikenali sebagai BRIC (Brazil, Rusia, India, dan China).

Peralihan imbangan kuasa, kepentingan ekonomi dan strategi geopolitik menjadikan ini penting.

https://youtu.be/k9eS3Xx8qic

No more USD to BRICS

BRIC, dengan 40 peratus daripada populasi dunia tersebar di tiga benua, sudah menyumbang 25 peratus daripada KDNK global.

16 Jun lalu, para pemimpin BRIC bertemu di Yekaterinburg (Rusia), termasuk wakil kerajaan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), yang ahlinya bukan sahaja China dan Rusia, tetapi juga Kazakhstan, Republik Kyrgyzstan, Uzbekistan, dan Tajikistan, selain India, Pakistan, Iran dan Mongolia sebagai pemerhati.

Dalam sekutu BRICS mereka mengugurkan Dolar AS sebagai perdagangan urus niaga dan mereka kembali menggunakan EMAS untuk berdagang.

https://youtu.be/CZkk567VgYg

Turkey Become New member on BRICS. Bangun Malaysia..!! Wake up Malaysia..!! Inilah masa bersama-sama ahli BRICS secara aktif untuk menjadi model peranan di negara ASEAN untuk penolakan semula pertukaran mata wang di kalangan ahli di Asia Tenggara.

Ini adalah masa membuat perang monetari dalam Dolar AS. USA akan bangkrupt negara tanpa mata wang Dollar dalam urus niaga monetari dunia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails