Saturday, March 05, 2022

PN tetap komited pastikan FELDA & TH terus cemerlang

 

PPN lonjakkan semula pemerkasaan FELDA dan TH

FELDA dan Tabung Haji (TH) adalah dua institusi yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia. Malah, tempoh 65 tahun sejak penubuhan FELDA, banyak kejayaan yang berjaya dicapai oleh agensi ini terutama dalam usaha untuk membangunkan tanah dan mengeluarkan peserta daripada kemiskinan. 

Tabung Haji juga telah berjaya memudahkan ramai rakyat Malaysia untuk melaksanakan ibadah Haji sejak penubuhannya pada tahun 1963.

Namun, FELDA dan TH telah melalui fasa genting yang telah memperlihatkan banyak permasalahan terutama dan pentadbiran kedua institusi berikut. 

FELDA telah menghadapi beberapa masalah seperti model tanam semula yang tidak lestari, kelemahan dalam pengurusan serta penyenaraian FGV ke bursa Malaysia yang menyaksikan FELDA kehilangan 350,000 hektar tanah yang telak dipajakkan kepada FGV.

Prihatin akan situasi berkenaan, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion secara bersyarat. 

Dalam masa yang sama, PN turut melaksanakan pelarasan sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd bernilai RM78 juta dan memperuntukkan RM400 juta bagi membantu peneroka FELDA menghapus faedah hutang kebun peneroka dan melaksanakan program pembangunan peneroka.

Tabung Haji turut tidak terlepas dengan permasalahan dalam pengurusan. Sepanjang 2014-2020, banyak isu berkenaan penjualan aset dan tindakan menyembunyikan maklumat. 

Bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan Tabung Haji, Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji yang diwujudkan bagi menyiasat isu-isu pengurusan dan operasi Tabung Haji.

Dalam zaman Perikatan Nasional juga, inisiatif-inisiatif baharu Tabung Haji seperti THijari Biz diperkenalkan bagi menambah baik perkhidmatan talian dan proses kerja automasi supaya perkhidmatan Tabung Haji menjadi lebih cekap. 

Dalam masa yang sama, usaha-usaha perolehan semula aset yang dijual dan pertukaran Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji turut diberikan fokus dalam usaha PN untuk mengembalikan kegemilangan Tabung Haji.

Kerajaan Perikatan Nasional tetap komited dalam memastikan kedua institusi ini terus cemerlang dan memanfaatkan keseluruhan rakyat Malaysia.

PEMUDA PERIKATAN NASIONAL – HARAKAHDAILY 2/3/2022

Siri Analisis PRN Johor

  

1 comment:

Anonymous said...

ajom ke Dr MIM blogspot.com dan pakkarmu blogspot.com , bankami blogspot.com dan anak sungai derhaka blogspot.com... sana lagi mantap komen yg ada.. freedom of speeach

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails