Tuesday, July 13, 2021

Parti liar, mabuk. 4 penguatkuasa, 3 wanita tempatan antara 12 ditahan.

 


4 penguatkuasa antara ditahan berhibur di bilik hotel

Leka berhibur dalam bilik hotel, empat penguat kuasa antara 12 ditahan polis. Polis menahan 12 individu, termasuk empat penjawat awam, dalam serbuan ke atas parti liar yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada Ahad.

Serbuan pada 9 malam itu dijalankan hasil maklumat orang awam dan risikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah.

Beliau berkata semua individu yang terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita tempatan berusia antara 20 dan 35 tahun itu ditahan ketika leka berhibur dalam bilik hotel.

“Semua 12 individu ditahan atas kesalahan mengadakan majlis sosial dan empat daripada mereka didapati anggota penguat kuasa,” kata Zainal semalam, menurut laporan Harian Metro.

Polis turut merampas dadah jenis pil dan dua botol air ketum, tambahnya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) akta sama, serta kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021. FMT

1 comment:

Anonymous said...

Harapkan pagar, pagar dan babi baham padi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails