Wednesday, July 14, 2021

Operasi Loji Rawatan Air Keratong dijangka pulih Ahad

 

KUANTAN: Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Keratong di Rompin, yang dihenti tugas akibat pencemaran sehingga menjejaskan kira-kira 50,000 pengguna, dijangka pulih secara berperingkat pada Ahad ini, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) juga sudah membuat pemantauan terhadap air sungai terlibat secara berterusan bagi memastikan LRA itu dapat beroperasi semula, selain tiga sampel diambil oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah pada Ahad lepas.

Sampel air daripada muka sauk Kampung Rekoh, Kampung Lubuk Batu dan Kampung Aur itu telah dihantar ke makmal LRA Gadak, Rompin bagi tindakan sewajarnya.

“Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menggerakkan bantuan lori tangki dari operator bekalan air negeri dan pelbagai agensi untuk membantu membekalkan air bersih, selain 10 lori yang disediakan PAIP dengan jumlah keseluruhan lori sebanyak 41 buah.

“Selain itu, 300 unit tangki statik juga diletakkan di lokasi strategik di kawasan terjejas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata antara pihak yang terlibat membantu menyediakan lori tangki ialah Air Selangor, Syarikat Air Negeri Sembilan, Syarikat Air Darul Aman, Lembaga Air Perak, bomba, tentera dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (​SWCorp)

Pada 9 Julai lepas, Pegawai Daerah Rompin Ahmad Nasim Mohd Sidek mengesahkan berlaku pencemaran di Sungai Pukin, Keratong, dipercayai berpunca selepas salah satu tebing kolam rawatan sisa sawit sebuah kilang runtuh menyebabkan sisa tersebut mengalir ke alur sungai.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berkata  notis arahan di bawah Seksyen 31 dan 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikeluarkan kepada kilang itu untuk mereka melakukan kerja penyelenggaraan semua kolam rawatan sisa tersebut.

Kerja pembaikan dan penyelenggaran itu, menurut Tuan Ibrahim dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang yang dilaporkan turut menahan kelengkapan operasi kilang terlibat supaya aktiviti kilang tidak berjalan.

“Pihak kilang perlu mendapatkan pengesahan kelulusan JAS Pahang sebelum dibenarkan beroperasi semula,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata JAS Pahang kini sedang meyediakan kertas siasatan di bawah Seksyen 16(1) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara maksimum dua tahun kedua-duanya, bagi setiap syarat lesen yang tidak dipatuhi. – BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

Titm keluarkan juga surat saman kat penternak yg buang najis babi dlm sungai. Pedulikan dap. Kita wajib pertahankan tanah air kita.

Anonymous said...

Tahniah pas. Walaupun sikit wakil, tapi buat kerja dan kekal bersih. Jangan macam president parti liberal, berterabur air liur. Hasil entah apa apa. Mereka liberal adalah kerajaan gagal tapi berjaya buat fitnah.

Anonymous said...

Lebih baik tanam kelapa sawit dari tanam buloh kerana kelapa sawit mendapat permintaan tinggi.

Maka lebih baik sokong menteri parti Islam yang bijaksana dari menyokong metri roket bodo berlapis-lapis.

Jika ikut ajaran sesat roket, tebang kelapa sawit tanam buloh. Selepas itu rakyat hidup papa kedana kerana tiada permintaan dari negara asing. Setakat main meriam buloh tembak jin bolehlah.

Ha ha ha ha ha ......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails